Malaysia legislation
Section 23
Seksyen 23
(2)
Sesuatu keputusan jawatankuasa tatatertib yang ditubuhkan di bawah perenggan 22(2)(b) bolehlah dirayu kepada Lembaga
Rayuan Tatatertib yang hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
(a)
Pengerusi Lembaga, yang hendaklah menjadi pengerusi
Lembaga Rayuan Tatatertib dan mempunyai undi pemutus;
dan
(b)
tiga anggota
Lembaga, yang bukannya anggota jawatankuasa tatatertib yang keputusannya ialah hal perkara rayuan itu, yang hendaklah dilantik oleh pengerusi Lembaga Rayuan Tatatertib dengan kelulusan
Lembaga bagi maksud rayuan itu.
(3)
Menteri atau Lembaga Rayuan Tatatertib, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusan jawatankuasa tatatertib.
(4)
Apabila Lembaga Rayuan Tatatertib menimbangkan sesuatu rayuan yang dibuat di bawah subseksyen (2), seorang anggota jawatankuasa tatatertib yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat yang juga anggota Lembaga tidak boleh hadir pada atau dengan apa-apa cara mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding berhubungan dengan rayuan itu.
28 Undang-undang Malaysia AKTA 551
(5)
Keputusan Menteri atau Lembaga Rayuan Tatatertib di bawah subseksyen (3) adalah muktamad dan konklusif.
Kuasa membuat peraturan-peraturan tatatertib