Malaysia legislation

Section 24

of *AKTA LEMBAGA GETAH MALAYSIA (PERBADANAN) 1996

Seksyen 24

(2)

Peraturan-peraturan tatatertib yang dibuat di bawah seksyen ini—

(a)

boleh mewujudkan kesalahan tatatertib;

(b)

boleh mengadakan peruntukan bagi hukuman tatatertib yang difikirkan sesuai oleh Lembaga, dan hukuman itu boleh meliputi amaran, denda, pelucuthakan, emolument, penangguhan pergerakan gaji, pengurangan gaji, penurunan pangkat dan buang kerja;

(c)

hendaklah memberikan kepada orang yang terhadapnya prosiding tatatertib itu diambil peluang membuat representasi terhadap pertuduhan tatatertib yang dibuat terhadapnya sebelum keputusan dicapai oleh jawatankuasa tatatertib kecuali dalam hal yang berikut:

(i)

jika seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga dibuang kerja atau diturunkan pangkat atas alasan kelakuan yang berkenaan dengannya suatu pertuduhan jenayah telah dibuktikan terhadapnya;

(ii)

jika

Lembaga, atas syor

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal dalam negeri, berpuashati bahawa demi kepentingan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya adalah tidak suai manfaat untuk menjalankan kehendak perenggan ini; atau

Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 29

(iii)

jika telah dibuat terhadap seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga apa-apa perintah tahanan, pengawasan, kediaman terhad, buang negeri atau deportasi, atau jika telah dikenakan terhadap pegawai atau pekhidmat Lembaga apa-apa bentuk sekatan atau pengawasan dengan bon atau selainnya, di bawah mana-mana undang-undang berhubungan dengan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya, pencegahan jenayah, tahanan pencegahan, kediaman terhad, buang negeri, imigresen, atau perlindungan wanita dan gadis;

(d)

boleh mengadakan peruntukan bagi penahanan kerja dengan pengurangan emolumen pegawai atau pekhidmat Lembaga sementara menanti selesainya prosiding jenayah terhadapnya atau prosiding tatatertib terhadapnya dengan tujuan membuang kerja atau menurunkan pangkatnya; dan

(e)

boleh mengadakan peruntukan bagi penggantungan tanpa emolumen seseorang pegawai atau pekhidmat

Lembaga jika pegawai atau pekhidmat itu telah disabitkan oleh mana-mana mahkamah jenayah atau jika suatu perintah tahanan atau sekatan telah dibuat berkenaan dengan atau dikenakan terhadap pegawai atau pekhidmat itu.

Pengenaan surcaj

Section 24 — MALAYSIAN RUBBER BOARD (INCORPORATION) ACT 1996