Malaysia legislation

Section 25

of *AKTA LEMBAGA GETAH MALAYSIA (PERBADANAN) 1996

Seksyen 25

(a)

tidak memungut apa-apa wang yang terhutang kepada

Lembaga yang pemungutannya menjadi tanggungjawabnya;

(b)

adalah atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa pembayaran wang daripada Lembaga yang tidak

30 Undang-undang Malaysia AKTA 551

sepatutnya dibuat atau bagi apa-apa pembayaran wang yang tidak diluluskan dengan sewajarnya;

(c)

adalah atau telah bertanggungjawab, secara langsung atau secara tidak langsung, bagi apa-apa kekurangan dalam, atau bagi pemusnahan, apa-apa wang, barang simpanan atau harta lain Lembaga;

(d)

sebagai atau semasa menjadi pegawai perakaunan, tidak menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya;

atau

(e)

tidak membuat apa-apa pembayaran, atau adalah atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa kelewatan dalam pembayaran wang daripada Lembaga kepada mana-mana orang yang kepadanya pembayaran itu kena dibuat di bawah mana-mana undang-undang atau di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat antara orang itu dengan Lembaga.

(2)

Lembaga hendaklah, sebelum seseorang itu disurcaj, menyampaikan suatu notis bertulis kepadanya yang memintanya menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut disurcaj.

(3)

Jika penjelasan yang memuaskan hati tidak diterima dalam masa empat belas hari dari tarikh penyampaian notis seperti yang disebut terdahulu, Lembaga boleh−

(a)

dalam hal perenggan

(1)

(a)

,

(b)

dan

(c)

, mensurcajkan terhadap orang itu sejumlah wang yang tidak melebihi amaun yang tidak dipungut, atau apa-apa bayaran yang tidak sepatutnya dibuat, atau kekurangan dalam atau pemusnahan harta yang dilakukan; dan

(b)

dalam hal perenggan (1)(d) dan (e), mensurcajkan apa-apa jumlah wang terhadap orang itu sebagaimana yamg difikirkannya patut.

Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 31

Pemberitahuan surcaj

Section 25 — MALAYSIAN RUBBER BOARD (INCORPORATION) ACT 1996