Malaysia legislation

Section 19

of AKTA PERTUBUHAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI 1976

Seksyen 19

Pengajar seni mempertahankan diri dan anggota pertubuhan seni mempertahankan diri boleh dalam masa mempelajari apa-apa gaya seni mempertahankan diri di mana-mana tempat belajar atau tempat mengajar menggunakan, bagi maksud mempelajari gaya seni mempertahankan diri itu sahaja, senjata yang dinyatakan dalam pendaftarannya atau yang dibenarkan secara bertulis oleh Pendaftar.