Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), Pendaftar boleh mengecualikan daripada peruntukan Akta ini, mana-mana pertubuhan atau persatuan yang berkenaan dengannya, ada pada masa itu berkuat kuasa, suatu perakuan (yang boleh diberi, ditolak atau dibatalkan mengikut budi bicaranya) oleh seseorang atau sesuatu pihak berkuasa yang dilantik di bawah peruntukan undang-undang bertulis yang pada masa ini berkuat kuasa yang berhubungan dengan pendaftaran sekolah bahawa pertubuhan atau persatuan itu menjadi sebahagian daripada kurikulum sesuatu sekolah.
(3)
Mana-mana orang yang termasuk dalam mana-mana kelas orang yang disebut dalam Jadual Kedua tidak boleh—
(a)
masuk sebagai anggota suatu kumpulan orang yang didaftarkan sebagai suatu pertubuhan seni mempertahankan diri; atau
(b)
jika dia seorang anggota suatu pertubuhan yang didaftarkan sebagai suatu pertubuhan seni mempertahankan diri, mempelajari apa-apa gaya seni mempertahankan diri, kecuali terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis Pendaftar.
(4)
Menteri yang bertanggungjawab bagi pendaftaran pertubuhan boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta meminda Jadual
Kedua sebagaimana yang difikirkannya patut.
(5)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (3)
melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
18
Undang-Undang Malaysia
Penggunaan senjata