Malaysia legislation

Section 23

of AKTA PERTUBUHAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI 1976

Seksyen 23

(a)

mana-mana pertubuhan yang mempunyai sebagai satu daripada tujuan atau aktivitinya mengajar atau mempelajari apa-apa gaya seni mempertahankan diri di bawah Akta

Pertubuhan 1966;

(b)

mana-mana perniagaan, perkongsian, ketuanpunyaan atau firma di bawah *Akta Pendaftaran Perniagaan 1956

[Akta 197] bagi Semenanjung Malaysia, Ordinan Pelesenan

Tred [Sabah Bab 144] bagi Sabah, atau Ordinan Pelesenan

Perniagaan, Profesion dan Tred [Sarawak Bab 33] bagi

Sarawak yang satu daripada tujuannya adalah mengajar atau mempelajari apa-apa gaya seni mempertahankan diri;

atau

*CATATAN—Akta 197 hanya terpakai di Semenanjung Malaysia.

20

Undang-Undang Malaysia

(c)

mana-mana syarikat di bawah Akta Syarikat 1965

[Akta 125] yang mempunyai sebagai satu daripada tujuannya mengajar atau mempelajari apa-apa gaya seni mempertahankan diri, tanpa kelulusan secara bertulis Pendaftar dan pemohon itu hendaklah mengemukakan kelulusan itu bersama-sam dengan permohonannya.

(2)

Pendaftaran atau pelesenan pertubuhan, perniagaan, perkongsian, ketuanpunyaan, firma atau syarikat itu tanpa kelulusan itu hendaklah disifatkan tidak sah.

(3)

Jika pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini—

(a)

mana-mana perniagaan, perkongsian, ketuanpunyaan atau firma didaftarkan atau dilesenkan mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 bagi Semenanjung Malaysia, Ordinan Pelesenan

Tred bagi Sabah atau Ordinan Pelesenan Perniagaan,

Profesion dan Tred bagi Sarawak dan menjalankan sebagai satu daripada aktiviti perniagaannya mengajar apa-apa gaya seni mempertahankan diri; atau

(b)

mana-mana syarikat didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai sebagai satu daripada tujuannya dalam memorandum mengajar apa-apa gaya seni mempertahankan diri, perniagaan, perkongsian, ketuanpunyaan atau firma atau syarikat itu hendaklah, dalam tempoh enam bulan dari tarikh mula berkuat kuasanya itu, membuat permohonan bagi mendapatkan kebenaran bertulis Pendaftar untuk menjalankan sebagai satu daripada aktiviti perniagaannya atau tujuannya mengajar apa-apa gaya seni mempertahankan diri dan jika kebenaran bertulis diberikan, hendaklah disifatkan telah didaftarkan di bawah subseksyen (1) dengan kelulusan

Pendaftar.

(4)

Tiada seorang pun atau sesuatu syarikat boleh, melainkan jika perniagaan, perkongsian, ketuanpunyaan atau firma atau syarikat itu didaftarkan mengikut subseksyen (1) atau jika orang atau syarikat itu wujud pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, melainkan jika kebenaran bertulis didapati daripada Pendaftar dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (3), menjalankan sebagai satu daripada aktiviti perniagaannya atau sebagai satu daripada tujuannya mengajar apa-apa gaya seni mempertahankan diri.

Pertubuhan Seni Mempertahankan Diri 21

(5)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.