Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
(1A)
Tertakluk kepada subseksyen (2), jika Pengarah Laut berpuas hati, apabila suatu permohonan dibuat untuk mendapatkan perakuan yang disebut dalam seksyen 11A berkenaan dengan suatu kapal yang didaftarkan di Malaysia atau mana-mana negara yang bukan negara
Konvensyen Bunkers, bahawa akan ada berkuat kuasa berkenaan dengan kapal itu, sepanjang tempoh yang baginya perakuan itu akan dikeluarkan, suatu kontrak insurans yang sah atau cagaran kewangan lain yang memenuhi kehendak Perkara 7 Konvensyen Bunkers,
Pengarah Laut hendaklah mengeluarkan perakuan itu kepada pemunya berdaftar.
Perkapalan Saudagar (Liabiliti dan Pampasan bagi
Minyak dan Minyak Bunker) 25
(2)
Jika Pengarah Laut berpendapat bahawa terdapat keraguan sama ada orang yang mengadakan insurans atau cagaran kewangan lain itu boleh memenuhi obligasinya, atau sama ada insurans atau cagaran kewangan lain itu akan melindungi liabiliti pemunya di bawah seksyen 3 atau 3A dalam segala hal keadaan, dia boleh enggan mengeluarkan perakuan itu.
(3)
Pengarah Laut hendaklah menyenggara suatu rekod mengenai mana-mana perakuan yang dikeluarkan olehnya berkenaan dengan kapal yang didaftarkan di Malaysia dan rekod ini hendaklah boleh didapati untuk pemeriksaan awam.
Hak pihak ketiga terhadap penanggung insurans