Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
(2)
Dalam mana-mana prosiding yang dimulakan terhadap penanggung insurans menurut kuasa seksyen ini, penanggung insurans boleh menggunakan pembelaan (selain kebankrapan atau penggulungan pemunya)
yang pemunya itu sendiri berhak menggunakan, dan bukti bahawa kerosakan pencemaran itu ialah akibat daripada salah laku sengaja pemunya itu sendiri hendaklah menjadi suatu pembelaan.
(3)
Penginsurans boleh membataskan liabilitinya berkenaan dengan tuntutan yang dibuat terhadapnya menurut kuasa seksyen ini mengikut cara yang sama dan sehingga takat yang sama sebagaimana pemunya kapal boleh membataskan liabilitinya di bawah subseksyen 6(2) atau 6A(2), mengikut mana-mana yang berkenaan, walaupun pemunya itu, mengikut subseksyen 6(3) atau 6A(3), mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak berhak untuk membataskan liabilitinya.
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 515
(4)
Jika pemunya kapal dan penginsurans masing-masing memohon kepada Mahkamah bagi pembatasan liabilitinya apa-apa pembayaran, atau apa-apa pendepositan jaminan bank atau cagaran ke dalam
Mahkamah menurut mana-mana satu permohonan itu hendaklah dikira sebagai telah juga dibayar atau didepositkan menurut yang satu lagi.
Kapal kerajaan