Malaysia legislation

Section 15

of *AKTA PERKAPALAN SAUDAGAR (PENCEMARAN MINYAK) 1994

Seksyen 15

Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“kapal Konvensyen Kumpulan Wang” ertinya kapal yang didaftarkan di bawah undang-undang negara Konvensyen Kumpulan

Wang;

“Konvensyen Kumpulan Wang” ertinya Konvensyen Antarabangsa mengenai Penubuhan suatu Kumpulan Wang Antarabangsa bagi

Pampasan bagi Kerosakan Pencemaran Minyak yang ditandatangani di London pada 27 November 1992;

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Antarabangsa bagi

Pampasan Pencemaran Minyak yang ditubuhkan oleh Konvensyen

Kumpulan Wang;

“negara Konvensyen Kumpulan Wang” ertinya sesuatu Negara yang berkenaan dengannya Konvensyen Kumpulan Wang berkuat kuasa;

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 515

“penjamin” ertinya mana-mana orang yang mengadakan insurans atau cagaran kewangan lain untuk melindungi liabiliti pemunya daripada jenis yang diperihalkan dalam seksyen 11.

Section 15 — MERCHANT SHIPPING (OIL POLLUTION) ACT 1994