Malaysia legislation

Section 14

of *AKTA PERKAPALAN SAUDAGAR (PENCEMARAN MINYAK) 1994

Seksyen 14

(2)

Berhubung dengan suatu kapal yang dipunyai oleh sesuatu

Negara dan yang pada masa ini digunakan bagi maksud komersial—

(a)

subseksyen 11(2) dipatuhi dengan mencukupi jika ada berkuat kuasa suatu perakuan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkenaan Negara itu dan yang menunjukkan bahawa kapal itu dipunyai oleh Negara itu dan bahawa apa-apa liabiliti bagi kerosakan pencemaran sebagaimana yang ditafsirkan dalam Perkara 1 Konvensyen Liabiliti akan dipenuhi sehingga takat batasan yang ditetapkan oleh Perkara

V Konvensyen itu; atau

(b)

subseksyen 11A(2) dipatuhi dengan mencukupi jika ada berkuat kuasa suatu perakuan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkenaan Negara itu dan yang menunjukkan bahawa kapal itu dipunyai oleh Negara itu dan bahawa apa-apa liabiliti bagi kerosakan pencemaran sebagaimana yang ditafsirkan dalam Perkara 1 Konvensyen Bunkers akan dipenuhi sehingga takat batasan yang dinyatakan dalam Bab

II Konvensyen mengenai Pembatasan Liabiliti untuk

Tuntutan Maritim 1976 sebagaimana dipinda oleh Protokol 1996 untuk meminda Konvensyen mengenai Pembatasan

Liabiliti untuk Tuntutan Maritim 1976, dan yang dinyatakan

Perkapalan Saudagar (Liabiliti dan Pampasan bagi

Minyak dan Minyak Bunker) 27

dalam Jadual Keenam belas Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

(3)

Tiap-tiap Negara yang menjadi pihak kepada Konvensyen

Liabiliti atau Konvensyen Bunkers hendaklah, bagi maksud mana-mana prosiding yang dimulakan di dalam Mahkamah di Malaysia untuk menguatkuasakan suatu tuntutan berkenaan dengan liabiliti yang ditanggung di bawah seksyen 3 atau 3A, masing-masing, disifatkan telah patuh kepada bidang kuasa Mahkamah itu, tetapi tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh membenarkan pengeluaran pelaksanaan terhadap harta mana-mana Negara.

Section 14 — MERCHANT SHIPPING (OIL POLLUTION) ACT 1994