Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
(2)
Notis di bawah seksyen ini boleh menentukan cara bagaimana, dan masa yang dalamnya, notis itu hendaklah dipatuhi.
(3)
Dalam prosiding oleh Kumpulan Wang terhadap mana-mana orang untuk mendapat kembali apa-apa amaun yang kena dibayar di bawah seksyen 17, butir-butir yang terkandung dalam mana-mana senarai yang dihantar oleh Pengarah Laut kepada Kumpulan Wang hendaklah, setakat yang butir-butir tersebut adalah berasaskan maklumat yang didapati di bawah seksyen ini, boleh diterima sebagai keterangan mengenai fakta yang dinyatakan dalam senarai itu; dan
Perkapalan Saudagar (Liabiliti dan Pampasan bagi
Minyak dan Minyak Bunker) 31
setakat yang butir-butir yang boleh diterima sedemikian adalah berasaskan maklumat yang diberikan oleh orang yang terhadapnya prosiding itu dibawa, butir-butir tersebut hendaklah dianggap tepat sehingga yang sebaliknya dibuktikan.
(4)
Jika seseorang mendedahkan apa-apa maklumat yang telah diberikan kepadanya atau didapati olehnya di bawah seksyen ini, atau berkaitan dengan pelaksanaan seksyen ini, dia, melainkan jika pendedahan itu dibuat—
(a)
dengan persetujuan orang yang daripadanya maklumat itu telah didapati;
(b)
berkaitan dengan pelaksanaan seksyen ini; atau
(c)
bagi maksud apa-apa prosiding undang-undang yang berbangkit daripada seksyen ini atau apa-apa laporan mengenai prosiding itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
(5)
Seseorang yang—
(a)
enggan atau dengan sengaja mengabaikan untuk mematuhi notis di bawah seksyen ini; atau
(b)
dalam memberikan apa-apa maklumat pada mematuhi notis di bawah seksyen ini, membuat apa-apa pernyataan yang dia tahu adalah palsu mengenai sesuatu butir material, atau secara melulu membuat apa-apa pernyataan yang adalah palsu mengenai butir material, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
32 Undang-Undang Malaysia AKTA 515
Liabiliti Kumpulan Wang