Malaysia legislation
Section 19
Seksyen 19
(4)
, Kumpulan Wang hendaklah bertanggungan bagi kerosakan pencemaran di mana-mana kawasan di Malaysia jika orang yang menanggung kerosakan itu tidak dapat memperoleh pampasan penuh di bawah seksyen 3—
(a)
oleh sebab liabiliti di bawah seksyen itu dilepaskan sepenuhnya oleh seksyen 4;
(b)
oleh sebab pemunya kapal yang bertanggungan bagi kerosakan pencemaran itu tidak dapat memenuhi obligasinya sepenuhnya atau apa-apa insurans atau cagaran kewangan lain yang diadakan di bawah seksyen 11 tidak mencukupi untuk menyelesaikan tuntutan itu; atau
(c)
oleh sebab kerosakan pencemaran itu melebihi liabiliti di bawah seksyen 3 sebagaimana yang terbatas oleh seksyen 6.
(2)
Bagi maksud seksyen ini pemunya sesuatu kapal hendaklah dianggap tidak berupaya untuk memenuhi obligasinya jika obligasi itu tidak dipenuhi selepas segala langkah munasabah telah diambil untuk meneruskan remedi undang-undang yang ada.
(3)
Perbelanjaan munasabah yang dilakukan atau pengorbanan munasabah yang dibuat oleh pemunya sesuatu kapal secara sukarela untuk mencegah atau meminimumkan kerosakan pencemaran hendaklah dianggap sebagai kerosakan pencemaran bagi maksud seksyen ini, dan dengan demikian itu dia hendaklah berada dalam kedudukan yang sama berkenaan dengan tuntutan terhadap
Kumpulan Wang di bawah seksyen ini seolah-olah dia mempunyai tuntutan berkenaan dengan liabiliti di bawah seksyen 3.
(4)
Kumpulan Wang tidaklah menanggung sesuatu obligasi di bawah seksyen ini jika—
(a)
ia membuktikan bahawa kerosakan pencemaran itu—
Perkapalan Saudagar (Liabiliti dan Pampasan bagi
Minyak dan Minyak Bunker) 33
(i)
diakibatkan oleh tindakan perang, permusuhan, perang saudara atau penderhakaan; atau
(ii)
disebabkan oleh minyak yang telah dilepaskan atau bocor daripada kapal perang atau kapal lain yang dipunyai atau dikendalikan oleh sesuatu Negara dan digunakan, pada masa insiden itu, hanya untuk perkhidmatan bukan komersial kerajaan sahaja; atau
(b)
pihak menuntut itu tidak dapat membuktikan bahawa kerosakan pencemaran itu adalah akibat daripada sesuatu insiden yang melibatkan satu kapal atau lebih.
(5)
Jika dibuktikan bahawa kerosakan pencemaran itu keseluruhannya atau sebahagiannya diakibatkan—
(a)
oleh suatu perbuatan atau peninggalan yang dibuat dengan niat hendak menyebabkan kerosakan oleh orang yang menanggung kerosakan itu; atau
(b)
daripada kecuaian orang itu, maka Kumpulan Wang bolehlah dilepaskan keseluruhannya atau sebahagiannya daripada obligasinya untuk membayar pampasan kepada orang itu:
Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidak terpakai bagi suatu tuntutan berkenaan dengan perbelanjaan atau pengorbanan yang dibuat secara sukarela untuk mencegah atau meminimumkan kerosakan pencemaran.
(6)
Liabiliti Kumpulan Wang di bawah seksyen ini hendaklah tertakluk kepada batasan sebagaimana yang dinyatakan dalam