Malaysia legislation

Section 4

of *AKTA PERKAPALAN SAUDAGAR (PENCEMARAN MINYAK) 1994

Seksyen 4

(a)

diakibatkan oleh tindakan perang, permusuhan, perang saudara, penderhakaan atau sesuatu fenomena semula jadi yang luar biasa, tidak dapat dielakkan dan tidak dapat dibendung jenisnya;

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 515

(b)

keseluruhannya disebabkan oleh sesuatu perbuatan atau peninggalan pihak ketiga, dan perbuatan atau peninggalan itu dilakukan dengan niat menyebabkan kerosakan; atau

(c)

keseluruhannya disebabkan oleh kecuaian atau perbuatan salah kerajaan atau pihak berkuasa lain yang bertanggungjawab bagi penyenggaraan lampu atau alat-alat navigasi lain dalam penjalanan fungsi tersebut.

(2)

Jika pemunya kapal yang dari kapalnya minyak atau minyak bunker telah dilepaskan atau bocor membuktikan bahawa kerosakan pencemaran itu, keseluruhannya atau sebahagiannya, ialah akibat daripada sama ada suatu perbuatan atau peninggalan yang dilakukan dengan niat menyebabkan kerosakan oleh orang yang menanggung kerosakan itu atau ialah akibat daripada kecuaian orang tersebut, maka pemunya kapal itu boleh dilepaskan, keseluruhannya atau sebahagiannya, daripada liabilitinya terhadap orang itu.

Had liabiliti bagi kerosakan pencemaran minyak di bawah seksyen 3

Section 4 — MERCHANT SHIPPING (OIL POLLUTION) ACT 1994