Malaysia legislation

Section 5

of *AKTA PERKAPALAN SAUDAGAR (PENCEMARAN MINYAK) 1994

Seksyen 5

(2)

Liabiliti bagi kerosakan pencemaran tidak terpakai bagi—

(a)

mana-mana pekhidmat atau ejen pemunya kapal itu atau mana-mana anggota anak kapal itu;

(b)

malim atau mana-mana orang lain yang bukan anggota anak kapal itu tetapi melaksanakan perkhidmatan bagi kapal itu;

(c)

mana-mana pencarter

(dengan cara apa sekalipun diperihalkan, termasuk pencarter kapal kosong), pengurus atau pengendali kapal itu;

Perkapalan Saudagar (Liabiliti dan Pampasan bagi

Minyak dan Minyak Bunker) 15

(d)

mana-mana orang yang melaksanakan gerakan salvaj dengan persetujuan pemunya kapal itu atau atas arahan pihak berkuasa awam yang berwibawa;

(e)

mana-mana orang yang mengambil langkah pencegahan;

(f)

semua pekhidmat atau ejen orang yang disebut dalam perenggan (c), (d) dan (e), melainkan jika kerosakan pencemaran itu berlaku akibat daripada tindakan atau peninggalan mereka sendiri, yang dilakukan dengan niat untuk menyebabkan kerosakan itu, atau secara melulu dan dengan mengetahui bahawa kerosakan itu mungkin berlaku.

Had liabiliti bagi kerosakan pencemaran minyak bunker di bawah seksyen 3A

Section 5 — MERCHANT SHIPPING (OIL POLLUTION) ACT 1994