Malaysia legislation
Section 5A
Seksyen 5A
(2)
Liabiliti bagi kerosakan pencemaran tidak terpakai bagi—
(a)
mana-mana pekhidmat atau ejen pemunya kapal itu atau mana-mana anggota anak kapal itu;
(b)
malim atau mana-mana orang lain yang bukan anggota anak kapal itu tetapi melaksanakan perkhidmatan bagi kapal itu;
(c)
mana-mana pencarter, dengan cara apa sekali pun diperihalkan, tetapi tidak termasuk pencarter kapal kosong;
(d)
mana-mana orang yang melaksanakan gerakan salvaj dengan persetujuan pemunya kapal itu atau atas arahan pihak berkuasa awam yang berwibawa;
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 515
(e)
mana-mana orang yang mengambil langkah pencegahan;
(f)
semua pekhidmat atau ejen orang yang disebut dalam perenggan (c), (d) dan (e), melainkan jika kerosakan pencemaran itu berlaku akibat daripada tindakan atau peninggalan mereka sendiri, yang dilakukan dengan niat untuk menyebabkan kerosakan itu, atau secara melulu dan dengan mengetahui bahawa kerosakan itu mungkin berlaku.
Pembatasan liabiliti di bawah seksyen 3