Malaysia legislation
Section 6A
Seksyen 6A
(2)
Pemunya sesuatu kapal yang menanggung liabiliti di bawah seksyen 3A boleh membataskan liabilitinya mengikut Konvensyen mengenai Pembatasan Liabiliti untuk Tuntutan Maritim 1976
sebagaimana dipinda oleh
Protokol 1996
untuk meminda
Konvensyen mengenai Pembatasan Liabiliti untuk Tuntutan Maritim 1976, seperti yang dinyatakan dalam Jadual Keenam belas Ordinan
Perkapalan Saudagar 1952.
(3)
Jika dibuktikan bahawa kerosakan pencemaran berlaku akibat daripada tindakan atau peninggalan pemunya kapal itu, yang dilakukan dengan niat untuk menyebabkan kerosakan itu, atau secara melulu dan dengan mengetahui bahawa kerosakan itu mungkin berlaku, dia tidak berhak untuk membataskan liabilitinya di bawah subseksyen (2).
Tindakan pembatasan