Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(a)
di bawah seksyen 3, dia boleh memohon kepada Mahkamah bagi membataskan liabiliti tersebut kepada suatu amaun yang ditentukan mengikut seksyen 6; atau
(b)
di bawah seksyen 3A, dia boleh memohon kepada
Mahkamah bagi membataskan liabiliti tersebut kepada suatu amaun yang ditentukan mengikut seksyen 6A.
(2)
Jika atas permohonan sedemikian Mahkamah mendapati bahawa pemohon itu telah menanggung liabiliti sedemikian dan berhak membataskannya, Mahkamah hendaklah, setelah menentukan batasan liabiliti itu dan mengarahkan supaya dibayar atau didepositkan suatu jaminan bank atau cagaran ke dalam Mahkamah bagi amaun batasan itu—
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 515
(a)
menentukan amaun, selain batasan itu, yang kena dibayar berkenaan dengan liabiliti itu kepada orang yang membuat tuntutan dalam prosiding itu; dan
(b)
mengarahkan pembahagian amaun yang dibayar ke dalam
Mahkamah (atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, sekian banyak daripadanya yang tidak melebihi liabiliti itu)
di kalangan orang itu mengikut kadar tuntutannya yang terbukti, tertakluk kepada subseksyen (3), (4), (5) dan (6).
(3)
Tiada tuntutan boleh diterima dalam prosiding di bawah seksyen ini melainkan jika ia dibuat dalam apa-apa masa yang diarahkan oleh Mahkamah atau apa-apa masa selanjutnya yang dibenarkan oleh Mahkamah tetapi masa itu tidak boleh kurang daripada enam bulan dari tarikh berlakunya kerosakan pencemaran itu.
(4)
Jika apa-apa jumlah wang telah dibayar, dalam atau bagi menyelesaikan apa-apa tuntutan berkenaan dengan kerosakan pencemaran yang kepadanya liabiliti itu diperluaskan—
(a)
oleh pemunya sesuatu kapal atau mana-mana pekhidmat atau ejennya atau orang yang disebut dalam seksyen 13 sebagai
“penanggung insurans”; atau
(b)
oleh mana-mana orang lain, maka orang yang membayar jumlah wang itu hendaklah, sehingga takat jumlah wang itu, berada dalam kedudukan yang sama berkenaan dengan apa-apa pembahagian yang dibuat dalam prosiding di bawah seksyen ini sebagaimana orang yang kepadanya jumlah wang itu dibayar berada.
(5)
Jika pemunya kapal itu telah secara sukarela membuat apa-apa pengorbanan munasabah atau menanggung apa-apa perbelanjaan munasabah untuk mencegah atau meminimumkan kerosakan pencemaran yang kepadanya liabiliti itu diperluaskan atau mungkin telah diperluaskan, dia hendaklah berada dalam kedudukan yang sama berkenaan dengan apa-apa pembahagian yang dibuat dalam
Perkapalan Saudagar (Liabiliti dan Pampasan bagi
Minyak dan Minyak Bunker) 19
prosiding di bawah seksyen ini seolah-olah dia mempunyai suatu tuntutan berkenaan dengan liabiliti itu yang sama dengan kos pengorbanan atau perbelanjaan itu.
(6)
Mahkamah boleh, atas permohonan pemunya sesuatu kapal atau mana-mana orang lain yang membuktikan bahawa dia mungkin terpaksa membayar apa-apa amaun pampasan, keseluruhannya atau sebahagiannya, pada suatu tarikh yang kemudian, yang mengenainya dia akan menikmati hak subrogasi di bawah subseksyen (4) sekiranya pampasan telah dibayar sebelum amaun yang dibayar ke dalam
Mahkamah dibahagikan, memerintahkan supaya suatu jumlah wang yang mencukupi diketepikan untuk membolehkan orang itu membuat suatu tuntutan pada suatu tarikh yang kemudian.
Had ke atas penguatkuasaan tuntutan selepas penubuhan kumpulan wang pembatasan