Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Penyempurnaan dokumen
Semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang memerlukan meterai Perbadanan hendaklah dimeteraikan dengan meterai
Perbadanan di hadapan
Menteri yang sedang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan atau di hadapan pegawai yang dilantik bagi maksud itu oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, yang hendaklah menandatangani setiap surat ikatan tersebut, dokumen atau surat cara lain yang meterai perbadanan itu dicapkan, dan tandatangan tersebut hendaklah menjadi keterangan yang cukup bahawa meterai itu telah dicap dengan sempurna dan sewajarnya dan bahawa meterai itu adalah meterai yang sah bagi Perbadanan.