Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Meletak hak harta
(2)
Yang di-Pertuan Agong boleh, melalui Perintah, meletak hak pada Perbadanan mana-mana harta, alih atau tak alih yang sedang terletak hak pada mana-mana pegawai awam atau pihak berkuasa dan, apabila berkuat kuasanya apa-apa Perintah tersebut, harta yang
Perintah tersebut berkaitan hendaklah, tanpa apa-apa jua pemindahhakan, penyerahhakan atau pindah milik, terletak hak pada
Perbadanan bagi gelaran, estet atau kepentingan yang sama dan pada tempoh yang sama sebagaimana yang sama telah terletak hak atau dipegang sebaik sahaja sebelum berkuat kuasanya Perintah itu.
(3)
Yang di-Pertuan Agong boleh, dengan Perintah, meletak hak pada mana-mana pegawai awam atau pihak berkuasa apa-apa harta, alih atau tak alih, yang sedang terletak hak pada Perbadanan dan, apabila mula berkuat kuasanya apa-apa Perintah tersebut, harta yang
Perintah tersebut berkaitan hendaklah, tanpa apa-apa jua pemindahhakan, penyerahhakan atau pindah milik, terletak hak pada pegawai atau pihak berkuasa tersebut bagi gelaran, estet atau kepentingan yang sama dan untuk tempoh yang sama dan bagi maksud-maksud yang sama sebagaimana yang sama terletak hak atau dipegang sebaik sahaja sebelum Perintah itu berkuat kuasa.
8
Akta 375
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
P.U. 332/1958
Perintah Perlembagaan
Persekutuan (Pengubahsuaian
Undang-Undang) (Ordinan dan
Perisytiharan) 1958
13-11-1958
9
Akta 375
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa Meminda
Berkuat kuasa dari
6
P.U. 332/1958
13-11-1958