Malaysia legislation

Section 15

of AKTA PERHUTANAN NEGARA (PINDAAN) 2022

Seksyen 15

Pindaan seksyen 32

Seksyen 32 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.”.