Jadual Keenam yang didapati berada di dalam atau bersebelahan dengan kawasan hutan simpanan kekal atau tanah Kerajaan tempat pengambilan
Perhutanan Negara (Pindaan)
35
hasil hutan telah berlaku tanpa lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini, telah digunakan untuk mengambil hasil hutan.”.
Pindaan seksyen 106
57. Seksyen 106 Akta ibu dipinda—
(a) dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan
“pegawai polis, anggota angkatan tentera” dengan perkataan “pegawai yang diberi kuasa, pegawai polis”; dan
(b) dengan menggantikan perkataan “pegawai polis atau anggota angkatan tentera” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “pegawai yang diberi kuasa atau pegawai polis”.
Pemotongan seksyen 107
58. Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 107.
Penggantian seksyen 109
59. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 109 dengan seksyen yang berikut:
“Kesalahan yang dilakukan oleh perbadanan
109. Jika mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan hutan ini ialah suatu pertubuhan perbadanan, seseorang yang pada masa kelakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, pegawai pematuhan, pekongsi, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya bagi pertubuhan perbadanan itu atau yang berupa sebagai bertindak atas sifat itu atau yang dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu atau yang membantu dalam pengurusannya—
(a) boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan
Undang-Undang Malaysia 36
Akta A1667
(b) jika pertubuhan perbadanan itu didapati bersalah atas kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu dan boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama sebagaimana seorang individu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—
(i) bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya; dan
(ii) bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan segala usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.”.
Pindaan seksyen 111
60. Subseksyen 111(2) Akta ibu dipinda—
(a) dalam perenggan (e), dengan menggantikan perkataan
“pemegang lesen dalam mengambil hasil hutan di atas dan dari kawasan lesen” dengan perkataan
“pemegang lesen atau pemegang lesen kecil dalam mengambil hasil hutan di atas dan dari kawasan lesen atau kawasan lesen kecil”;
(b) dengan memasukkan selepas perenggan (h) perenggan yang berikut:
“(ha) menetapkan bentuk suatu pas selain pas pemindah dan mengadakan peruntukan bagi pengeluaran, pengemukaan dan pemulangan pas itu;”;
(c) dengan menggantikan perenggan (s) dengan perenggan yang berikut:
“(s) mengadakan peruntukan yang berhubungan dengan pentadbiran, pembangunan dan aktiviti hutan simpanan kekal yang dikelaskan di bawah subseksyen 10(1);”;
Perhutanan Negara (Pindaan)
37
(d) dengan memasukkan selepas perenggan (u) perenggan yang berikut:
“(ua) menetapkan cara untuk menjalankan suatu siasatan awam sebelum Pihak Berkuasa Negeri mengeluarkan mana-mana kawasan tanah daripada suatu hutan simpanan kekal;”; dan
(e) dalam perenggan (v), dengan menggantikan perkataan
“dengan syarat penalti itu tidak melebihi penalti yang telah ditetapkan oleh seksyen 87” dengan perkataan
“dengan denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya”.
Pindaan Jadual Kedua
61. Jadual Kedua kepada Akta ibu dipinda dalam BAHAGIAN A—
(a) dengan menggantikan perenggan (c) dengan perenggan yang berikut:
“(c) Kayu ditukar bentuk”; dan
(b) dengan memotong perenggan (e).
Pindaan Jadual Keenam
62. Jadual Keenam kepada Akta ibu dipinda—
(a) dalam BAHAGIAN A – JENTERA, dengan memasukkan selepas perenggan (e) perenggan yang berikut:
“(f) Jengkaut”; dan
(b) dalam BAHAGIAN C – PENGANGKUT, dengan memasukkan selepas subperenggan 1(c) subperenggan yang berikut:
“(d) Lori