Malaysia legislation

Section 16

of AKTA PERHUTANAN NEGARA (PINDAAN) 2022

Seksyen 16

Pindaan seksyen 40

Seksyen 40 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

Undang-Undang Malaysia 10

Akta A1667

“(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

berhubungan dengan suatu hasil utama hutan—

(i)

jika isi padu adalah kurang daripada lima meter padu, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya; atau

(ii)

jika isi padu adalah lima meter padu atau lebih, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya; dan

(b)

berhubungan dengan suatu hasil kecil hutan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.”.

Pindaan seksyen 43