Malaysia legislation
Section 17
Seksyen 17
Seksyen 43 Akta ibu dipinda—
(a)
dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “ianya dikeluarkan” perkataan “dan mengikut subseksyen (2a), boleh dibaharui dari semasa ke semasa”;
(b)
dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(2a) Pengarah boleh, atas permohonan seseorang pemegang lesen pemindah yang dibuat tidak lewat dari tiga puluh hari sebelum tamat tempoh lesen pemindah itu, membaharui lesen pemindah itu bagi suatu tempoh tidak melebihi enam bulan, dan Pengarah boleh mengubah, memotong atau menambah peruntukan yang terkandung dalam lesen pemindah itu.”; dan
(c)
dalam subseksyen (3), dengan memasukkan selepas perkataan
“Borang 5” perkataan “dan jika sesuatu lesen pemindah dibaharui, ia hendaklah diendors dengan suatu catatan mengenai pembaharuan itu dan tarikh tamat tempohnya”.
Perhutanan Negara (Pindaan)
11
Pindaan seksyen 47