Malaysia legislation
Section 21
Seksyen 21
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 50
seksyen yang berikut:
“Tempoh, syarat, dsb., dan pembaharuan permit jalan 50a. (1) Kecuali setakat yang ditetapkan selainnya, tiap-tiap permit jalan hendaklah dikeluarkan bagi suatu tempoh yang tamat tidak lewat dari akhir tahun kalendar dalam tahun ia bermula, dan mengikut subseksyen (3), boleh dibaharui dari semasa ke semasa.
(2)
Tiap-tiap permit jalan hendaklah berkuat kuasa tertakluk kepada peruntukan yang terkandung dalam permit jalan itu, dan setakat yang tidak berlawanan dengannya, kepada mana-mana peruntukan lain yang ditetapkan.
(3)
Pengarah boleh, atas permohonan seseorang pemegang permit jalan yang dibuat tidak lewat dari tiga puluh hari sebelum tamat tempoh permit jalan itu, membaharui permit jalan itu bagi suatu tempoh tidak melebihi satu tahun kalendar, dan Pengarah boleh mengubah, memotong atau menambah peruntukan yang terkandung dalam permit jalan itu.”.
Perhutanan Negara (Pindaan)
13
Pindaan seksyen 58