Malaysia legislation

Section 2

of AKTA PERHUTANAN NEGARA (PINDAAN) 2022

Seksyen 2

Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313], yang disebut

(a)

dengan memotong takrif “anggota angkatan tentera”;

(b)

dalam takrif “hasil hutan”—

(i)

dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan

“batu batan” dengan perkataan “bahan batu”;

(ii)

dalam perenggan (b)—

(A)

d e n g a n m e m a s u k k a n s e l e p a s subperenggan (ii) subperenggan yang berikut:

“(iii) tumbuhan daratan yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga kepada

Akta Perdagangan Antarabangsa mengenai Spesies Terancam 2008

[Akta 686];”; dan

(B)

d e n g a n m e n o m b o r k a n s e m u l a subperenggan (iii) sedia ada sebagai subperenggan (iv);

(c)

dengan memasukkan selepas takrif “kawasan lesen” takrif yang berikut:

‘ “kawasan lesen kecil” ertinya kawasan atau sebahagian daripada kawasan itu yang diliputi oleh suatu lesen kecil mengikut seksyen 29a;’;

(d)

dalam teks bahasa Inggeris, dalam takrif “take”, dengan menggantikan perkataan “cattle” dengan perkataan

“livestock”;

(e)

dengan memasukkan selepas takrif “pegawai polis” takrif yang berikut:

‘ “pegawai yang diberi kuasa” ertinya seseorang pegawai yang diberi kuasa di bawah seksyen 3a;’;

Perhutanan Negara (Pindaan)

(f)

dengan memasukkan selepas takrif “pokok” takrif yang berikut:

‘ “premis” termasuklah apa-apa rumah, bangunan, pondok, bangsal, struktur, platform dan tanah sama ada dipagar atau dibina di atasnya atau tidak;’;

(g)

dalam teks bahasa kebangsaan, dalam takrif “ternakan”, dengan memotong perkataan “gajah,”;

(h)

dalam teks bahasa Inggeris, dengan memasukkan selepas takrif “licensee” takrif yang berikut:

‘ “livestock” includes buffalo, horse, pony, mule, ass, pig, sheep and goat;’; dan

(i)

dalam teks bahasa Inggeris, dengan memotong takrif

“cattle”.

Seksyen baharu 3a