Malaysia legislation

Section 32

of AKTA PERHUTANAN NEGARA (PINDAAN) 2022

Seksyen 32

Pindaan seksyen 81

(a)

dalam teks bahasa Inggeris, dalam perenggan (1)(a), dengan menggantikan perkataan “cattle” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “livestock”; dan

(b)

dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

jika kesalahan itu di bawah perenggan (a), didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya;

(b)

jika kesalahan itu di bawah perenggan (b)

atau (c), didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya;

(c)

jika kesalahan itu di bawah perenggan (d), (e)

atau (f), didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya;

dan

(d)

jika kesalahan itu di bawah perenggan (g), didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”.

Pindaan seksyen 82