Malaysia legislation

Section 42

of AKTA PERHUTANAN NEGARA (PINDAAN) 2022

Seksyen 42

Pindaan seksyen 90

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Jika ternyata pada Majistret, berdasarkan suatu maklumat bertulis daripada seorang pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Pegawai

Hutan Daerah, seorang pegawai yang diberi kuasa atau seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan dan selepas apa-apa siasatan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Majistret itu, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana premis telah digunakan untuk atau bahawa dalam mana-mana premis ada tersembunyi atau diletakkan apa-apa hasil hutan yang mengenainya suatu kesalahan hutan sedang atau telah dilakukan, Majistret itu boleh mengeluarkan waran memberi kuasa kepada mana-mana pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Pegawai

Hutan Daerah, mana-mana pegawai yang diberi kuasa atau mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan yang dinamakan dalam waran itu, pada waktu malam atau siang dan dengan atau tanpa bantuan, untuk memasuki premis itu dan jika perlu dengan menggunakan kekerasan.”;

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Tanpa menjejaskan subseksyen (1), Majistret boleh mengeluarkan waran memberi kuasa kepada pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada

Perhutanan Negara (Pindaan)

25

Penolong Pegawai Hutan Daerah, pegawai yang diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan itu untuk—

(a)

menggeledah premis itu bagi, dan untuk menyita atau memindahkan dari premis itu mana-mana hasil hutan, bekas, bungkusan, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dipercayai dengan munasabah dapat memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu;

(b)

mengambil sampel mana-mana hasil hutan atau benda lain yang dijumpai di dalam premis itu bagi maksud menentukan, melalui pengujian atau selainnya, sama ada kesalahan itu telah dilakukan; dan

(c)

membuat salinan atau mengambil cabutan daripada mana-mana buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dijumpai di dalam premis itu.”;

(c)

dalam subseksyen (2)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “Mana-mana pegawai hutan atau pegawai polis yang bertindak di bawah subseksyen (1) boleh—” dengan perkataan

“Mana-mana pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Pegawai

Hutan Daerah, mana-mana pegawai yang diberi kuasa atau mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan yang bertindak di bawah seksyen ini boleh—”;

(ii)

dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut:

“(a) memecah buka mana-mana pintu luar atau pintu dalam atau tingkap premis itu atau mana-mana pagar, kepungan, pintu pagar atau galangan lain ke premis itu, untuk masuk ke dalam premis itu;”;

Undang-Undang Malaysia 26

Akta A1667

(iii)

dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan

“subseksyen (1)” dengan perkataan “seksyen ini”;

dan

(iv)

dalam perenggan (c), dengan menggantikan perkataan

“bangunan atau tempat atau di atas tanah sehingga bangunan atau tempat itu” dengan perkataan

“premis sehingga premis itu”; dan

(d)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(3)  Seorang pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Pegawai Hutan Daerah, seorang pegawai yang diberi kuasa atau seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada

Sarjan yang menjalankan penggeledahan di bawah seksyen ini boleh, bagi maksud menyiasat kesalahan hutan itu, memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam atau di premis itu.”.

Penggantian seksyen 91