Malaysia legislation
Section 45
Seksyen 45
Pindaan seksyen 92
(a)
dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan
“dan menggeledah” dengan perkataan “, menggeledah dan menyita”;
(b)
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Jika seseorang pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Pengawas Hutan, seseorang pegawai yang diberi kuasa atau seseorang pegawai polis mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa mana-mana pengangkut sedang membawa mana-mana hasil hutan, bekas, bungkusan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau
Undang-Undang Malaysia 28
Akta A1667
benda lain yang berkenaan dengannya suatu kesalahan hutan sedang atau telah dilakukan, pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Pengawas Hutan, pegawai yang diberi kuasa atau pegawai polis itu boleh memberhentikan dan menggeledah pengangkut itu dan boleh, jika atas pemeriksaan dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa pengangkut itu sedang atau telah digunakan untuk melakukan kesalahan itu, menyita pengangkut itu dan mana-mana hasil hutan, bekas, bungkusan, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dijumpai di dalam pengangkut itu yang dengan semunasabahnya dipercayai memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu.”;
(c)
dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan
“pegawai hutan atau pegawai polis itu” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Pengawas Hutan, pegawai yang diberi kuasa atau pegawai polis itu”;
(d)
dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(2a) Pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Pengawas Hutan, pegawai yang diberi kuasa atau pegawai polis itu boleh, dalam menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini, jika perlu untuk berbuat demikian, menahan mana-mana orang yang ditemui di dalam pengangkut itu sehingga selesai penggeledahan itu.”; dan
(e)
dengan memotong subseksyen (3).
Pindaan seksyen 93