Malaysia legislation

Section 46

of AKTA PERHUTANAN NEGARA (PINDAAN) 2022

Seksyen 46

Seksyen 93 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan perenggan 1(b) dengan perenggan yang berikut:

“(b) menyediakan suatu senarai benda yang disita dan tempat di mana benda yang disita itu dijumpai dan hendaklah menandatangani senarai itu.”;

Perhutanan Negara (Pindaan)

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Senarai yang disediakan mengikut subseksyen (1)

hendaklah diserahkan dengan serta-merta kepada—

(a)

penduduk premis di mana benda yang disita itu dijumpai; atau

(b)

orang yang mengawal atau menjaga pengangkut atau benda yang dibawa dalam pengangkut itu jika penyitaan itu dibuat di bawah seksyen 92 atau 96a.

(1b)

Jika penyitaan itu dibuat di dalam atau dari mana-mana premis yang tidak diduduki, pegawai penyita itu hendaklah, bila-bila mungkin, menampalkan senarai barang yang disita itu supaya mudah dilihat di atau pada premis itu, atau menyerahkan suatu salinan senarai itu kepada pemilik barang sitaan itu sendiri atau secara pos ke tempat tinggal atau tempat perniagaan yang biasa atau yang terakhir diketahui orang itu.

(1c)

Jika, oleh sebab sifat, saiz atau amaunnya, adalah tidak munasabah untuk memindahkan apa-apa benda yang disita di bawah subseksyen (1), pegawai yang menyita hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak atau menanda benda yang disita itu di dalam premis atau bekas yang di dalamnya ia dijumpai.”; dan

(a)

mengusik, memindahkan, merosakkan atau memusnahkan apa-apa benda yang ditanda di bawah subseksyen (1); atau

(b)

mengusik, merosakkan atau memecah lak atau tanda di bawah subseksyen (1c) atau memindahkan benda yang disita yang telah dilak atau ditanda, atau cuba berbuat demikian,

Undang-Undang Malaysia 30

Akta A1667

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.”.

Seksyen baharu 95a

(c)

dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Mana-mana orang yang, tanpa kuasa yang sah—