Malaysia legislation
Section 49
Seksyen 49
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 96
seksyen yang berikut:
“Kuasa mengadakan sekatan jalan 96a. (1) Walau apa pun yang terkandung dalam mana-mana undang-undang lain, mana-mana pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Pengawas Hutan berpakaian seragam yang diberi kuasa secara bertulis oleh seorang
Pegawai Hutan Daerah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa berpakaian seragam yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengarah boleh, jika didapatinya perlu untuk berbuat sedemikian bagi penguatkuasaan Akta ini, mendirikan atau meletakkan atau menyebabkan didirikan atau diletakkan apa-apa galangan di atas atau melintang mana-mana jalan mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut; dan pegawai itu boleh mengambil segala langkah yang munasabah untuk menghalang mana-mana pengangkut daripada dipandu melalui galangan itu, termasuk apa-apa langkah untuk mengejar dan memberhentikan pengangkut itu jika, setelah mengambil kira hal keadaan pada masa itu, adalah ternyata bahawa jika langkah itu tidak diambil besar kemungkinannya yang pengangkut itu akan terlepas bagi mengelakkan daripada dikesan atau selainnya.
(2)
Mana-mana orang yang gagal mematuhi apa-apa isyarat yang diberi oleh seseorang pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Pengawas Hutan berpakaian seragam atau seseorang pegawai yang diberi kuasa berpakaian seragam di bawah subseksyen (1) yang menghendaki orang atau pengangkut itu berhenti sebelum sampai ke mana-mana
Undang-Undang Malaysia 32
Akta A1667
galangan itu, atau cuba melintasi atau melanggar mana-mana galangan tersebut, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
(3)
Tiada seorang pun pegawai yang disebut dalam subseksyen (1) bertanggungan bagi apa-apa kerugian, kecederaan atau kerosakan ke atas mana-mana orang atau harta berikutan dengan langkah yang diambil di bawah subseksyen (1).”.
Pindaan seksyen 97