Malaysia legislation
Section 86b
Seksyen 86b
Mana-mana orang yang membuat, secara lisan atau bertulis, menandatangani atau memberikan apa-apa kenyataan, pernyataan, perakuan atau dokumen atau maklumat lain yang dikehendaki di bawah Akta ini yang tidak benar, tidak tepat atau mengelirukan dalam apa-apa butiran melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.
Percubaan melakukan kesalahan 86c. Mana-mana orang yang cuba untuk melakukan apa-apa kesalahan hutan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu dengan syarat bahawa hukuman yang dikenakan tidak boleh melebihi separuh daripada denda dan pemenjaraan maksimum yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.
Persubahatan 86d. Mana-mana orang yang bersubahat dalam pelakuan mana-mana kesalahan hutan melakukan suatu kesalahan dan boleh, jika perbuatan yang disubahati itu dilakukan berbangkit daripada persubahatan itu, disabitkan dengan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.”.
Penggantian seksyen 87