Malaysia legislation
Section 91
Seksyen 91
Jika seseorang pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Pengawas Hutan, seseorang pegawai yang diberi kuasa atau seseorang pegawai polis dapati bahawa terdapat sebab yang munasabah bagi mempercayai bahawa dalam mana-mana premis atau mana-mana tanah Kerajaan, tanah lombong, tanah rizab, tanah beri milik atau tanah di bawah lesen pendudukan sementara ada tersembunyi atau diletakkan apa-apa keterangan yang mengenainya suatu kesalahan hutan sedang atau telah dilakukan, dan jika dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa dengan sebab kelambatan mendapat waran di bawah seksyen 90 keterangan itu mungkin akan diganggu, dipindahkan, dirosakkan atau dimusnahkan, dia boleh menjalankan di dalam, di atas, dan mengenai premis atau tanah Kerajaan, tanah lombong,
Perhutanan Negara (Pindaan)
27
tanah rizab, tanah beri milik atau tanah di bawah lesen pendudukan sementara itu semua kuasa yang disebut dalam seksyen 90 seolah-olah dia diberi kuasa untuk melakukannya dengan waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.”.
Seksyen baharu 91a