Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
Seksyen 15 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:
“(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(a)
berhubungan dengan suatu hasil utama hutan—
(i)
jika isi padu adalah kurang daripada lima meter padu, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; atau
(ii)
jika isi padu adalah lima meter padu atau lebih, dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun tetapi tidak lebih daripada dua puluh tahun dan didenda tidak kurang daripada satu ratus ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada lima juta ringgit;
(b)
berhubungan dengan suatu tumbuhan daratan yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga kepada Akta Perdagangan
Antarabangsa mengenai Spesies Terancam 2008,
Undang-Undang Malaysia 8
Akta A1667
didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya; dan
(c)
berhubungan dengan suatu hasil kecil hutan selain tumbuhan daratan yang disebut dalam perenggan (b), didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”.
Seksyen baharu 19a