Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
(1)
Lembaga boleh melantik seorang Ketua Pengarah yang akan bertanggungjawab bagi pentadbiran dan pengurusan harian hal ehwal Majlis dan untuk melaksanakan kewajipan dan menjalankan kuasa sebagaimana yang diamanahkan atau diwakilkan oleh Lembaga atau Pengerusi Lembaga apabila bertindak bagi pihak Lembaga:
Dengan syarat bahawa Ketua Pengarah yang pertama sebaik selepas permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah seorang yang dilantik oleh Menteri.
(2)
Lembaga boleh melantik pegawai dan pekhidmat lain sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi menjalankan hal ehwal Majlis dengan cekap.
(3)
Ketua Pengarah, pegawai dan pekhidmat lain Lembaga bertanggungjawab kepada Lembaga.
(4)
Ketua Pengarah, pegawai dan pekhidmat Majlis hendaklah memegang jawatan selama tempoh, menerima gaji dan elaun dan tertakluk kepada syarat perkhidmatan sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.