/akn/my/act/act/1971/29

AKTA MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA 1971

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1971
Sections
35
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

AKTA MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA 1971 is Malaysia Act, cited as Act 29 1971, currently marked in force and first recorded in 1971.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta bagi menubuhkan Majlis Sukan Negara Malaysia dan bagi membuat peruntukan yang berkaitan dengannya. [Seluruh Malaysia—30 April 1971] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I

Seksyen 2

Tafsiran

Open as pageSuggest a correction

“Lembaga” ertinya Lembaga Pengurusan yang ditubuhkan di bawah seksyen 6;

“Majlis” ertinya Majlis Sukan Negara Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“Majlis Sukan Wilayah Persekutuan” dan “Majlis Sukan

Negeri” masing-masing ertinya Majlis Sukan Wilayah Persekutuan dan sesuatu Majlis Sukan Negeri yang ditubuhkan dengan sewajarnya di bawah seksyen 7;

“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi sukan.

Bahagian II

BAHAGIAN II

Majlis

Seksyen 3

Suatu badan yang dinamakan “Majlis Sukan Negara

Open as pageSuggest a correction

Malaysia” ditubuhkan dengan kuasa untuk memperoleh dan memegang harta alih atau harta tak alih, dan bagi melupuskannya atau selainnya membuat apa-apa urusan berkenaan dengannya.

Seksyen 4

Fungsi Majlis

Open as pageSuggest a correction

(1)

Fungsi Majlis adalah—

(a)

untuk menasihati Menteri tentang perkara yang berhubungan dengan sukan pada amnya dan pelaksanaan peruntukan Akta ini dengan sepatutnya dan lebih berkesan;

Suggest a correction

(b)

untuk menyelaraskan kegiatan berkenaan dengan sukan yang dijalankan oleh jabatan kerajaan atau agensi kerajaan atau bukan kerajaan;

Suggest a correction

(c)

untuk membuat syor kepada Kerajaan mengenai cara, langkah dan dasar yang patut diambil bagi memudahkan kemajuan sukan, dan jika diluluskan oleh Kerajaan, untuk melaksanakan dan membantu dalam melaksanakan syor itu; dan

Suggest a correction

(d)

secara amnya untuk menggalakkan di peringkat tempatan dan antarabangsa, dan mengambil bahagian dalam, kemajuan sukan di Malaysia.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Majlis mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang suai manfaat atau semunasabahnya perlu atau bersampingan pada menjalankan fungsinya, dan khususnya, tetapi dengan tidak menyentuh keluasan yang tersebut di atas—

(a)

untuk menjalankan tinjauan dan penyiasatan berkenaan dengan sukan;

Suggest a correction

(b)

untuk menjalankan kajian kemungkinan bagi memajukan sukan;

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 029B

Suggest a correction

FM Page 6 Monday, March 27, 2006 5:35 PM

(c)

untuk menghendaki jabatan kerajaan dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang menguruskan sukan supaya menghantar laporan berkenaan dengan kegiatannya;

Suggest a correction

(d)

untuk mengambil bahagian atau membantu dalam kemajuan sukan, dan dalam mengadakan atau memperbaik kemudahan sukan di dalam dan di luar

Malaysia, jika kerjasama antarabangsa boleh mempergiat kemajuan sukan di Malaysia;

Suggest a correction

(e)

dengan kelulusan Menteri selepas berunding dengan

Menteri Kewangan, untuk membuat penyertaan ekuiti dalam memajukan perusahaan sukan, dan mengadakan kemudahan dan daya penarik sukan;

Suggest a correction

(f)

tertakluk kepada peruntukan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 15, untuk mengawal standard yang akan dipelihara oleh perusahaan sukan;

Suggest a correction

(g)

untuk memperoleh, membeli, memajak, menyewa, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerah balik, dan memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau secara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan atau memajukan apa-apa harta alih atau harta tak alih kepunyaan Majlis mengikut syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga;

Suggest a correction

(i)

untuk menerima, sebagai balasan bagi perkhidmatan yang diberikan olehnya, komisen atau bayaran sebagaimana yang dipersetujui;

Suggest a correction

(j)

untuk menjalankan segala fungsi dan kuasa dan melaksanakan segala kewajipan yang terletak hak pada atau diwakilkan kepadanya di bawah atau menurut mana-mana undang-undang bertulis; dan

Suggest a correction

(k)

secara amnya untuk melakukan perbuatan sebagaimana yang difikirkan patut olehnya bagi maksud mencapai mana-mana tujuan yang disebut terdahulu itu.

Suggest a correction

Seksyen 029B

Majlis Sukan Negara Malaysia 7

Suggest a correction

FM Page 7 Monday, March 27, 2006 5:35 PM

8

Undang-Undang Malaysia

Ahli Majlis

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(1)

Majlis hendaklah terdiri daripada ahli yang dinyatakan dalam subseksyen (2) dan (3).

Suggest a correction

(3)

Ahli Majlis yang lain hendaklah dilantik oleh Menteri dan hendaklah terdiri daripada yang berikut:

(a)

seorang wakil yang dinamakan oleh Majlis Sukan

Wilayah Persekutuan dan oleh setiap satu Majlis

Sukan Negeri;

Suggest a correction

(b)

tiga orang wakil yang dinamakan oleh Majlis Olimpik

Malaysia;

Suggest a correction

(c)

seorang wakil yang dinamakan oleh Majlis Sukan

Sekolah-sekolah Malaysia;

Suggest a correction

(d)

tidak kurang daripada lima tetapi tidak lebih daripada sepuluh orang ahli yang dilantik daripada kalangan orang yang pada pendapat Menteri boleh memberikan sumbangan terhadap perkembangan dan kemajuan sukan; dan

Suggest a correction

(e)

tidak kurang daripada tiga tetapi tidak lebih daripada lima orang ahli yang dilantik daripada kalangan

Kementerian yang difikirkan oleh Menteri perlu diwakili.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Bahagian I Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi ahli

Majlis.

Suggest a correction

Bahagian III

BAHAGIAN III

Lembaga Pengurusan

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(1)

Pengurusan hal ehwal Majlis hendaklah terletakhak pada

Lembaga Pengurusan yang terdiri daripada Pengerusi Majlis yang hendaklah juga menjadi Pengerusi Lembaga dan tidak kurang daripada enam tetapi tidak lebih daripada sepuluh orang ahli yang dilantik oleh Menteri mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (2).

Suggest a correction

Seksyen 029B

Suggest a correction

FM Page 8 Monday, March 27, 2006 5:35 PM

Majlis Sukan Negara Malaysia 9

(2)

Ahli Lembaga hendaklah dilantik seperti yang berikut:

(a)

empat orang ahli daripada orang yang menjadi ahli

Majlis yang dilantik di bawah seksyen 5;

Suggest a correction

(b)

seorang wakil Kementerian Belia dan Sukan dan seorang wakil Kementerian Kewangan; dan

Suggest a correction

(c)

mana-mana orang lain yang difikirkan layak dan patut menjadi ahli Lembaga.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Dalam mana-mana mesyuarat Lembaga satu pertiga daripada bilangan ahli Lembaga hendaklah membentuk kuorum.

Suggest a correction

(4)

Bahagian II Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi ahli

Lembaga.

Suggest a correction

Bahagian IV

BAHAGIAN IV

MAJLIS SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Suggest a correction

DAN NEGERI

Penubuhan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan dan Negeri

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(1)

Suatu Majlis Sukan Wilayah Persekutuan hendaklah ditubuhkan di dalam Wilayah Persekutuan dan di dalam tiap-tiap

Negeri suatu Majlis Sukan Negeri yang berkenaan dengannya peruntukan Jadual Kedua hendaklah berkuat kuasa.

Suggest a correction

(2)

Semua peruntukan Akta ini yang menyebut atau terpakai bagi sesuatu Majlis Sukan Negeri hendaklah, dengan apa-apa ubah suaian sebagaimana yang dikehendaki oleh hal keadaan, disifatkan menyebut atau terpakai bagi Majlis Sukan Wilayah

Persekutuan.

Kuasa Menteri untuk membuat ubah suaian kepada peruntukan

Akta

Suggest a correction

Bahagian V

BAHAGIAN V

PENTADBIRAN

Suggest a correction

Pelantikan Ketua Pengarah dan pekhidmat lain Lembaga

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

(1)

Lembaga boleh melantik seorang Ketua Pengarah yang akan bertanggungjawab bagi pentadbiran dan pengurusan harian hal ehwal Majlis dan untuk melaksanakan kewajipan dan menjalankan kuasa sebagaimana yang diamanahkan atau diwakilkan oleh Lembaga atau Pengerusi Lembaga apabila bertindak bagi pihak Lembaga:

Dengan syarat bahawa Ketua Pengarah yang pertama sebaik selepas permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah seorang yang dilantik oleh Menteri.

Suggest a correction

(2)

Lembaga boleh melantik pegawai dan pekhidmat lain sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi menjalankan hal ehwal Majlis dengan cekap.

Suggest a correction

(3)

Ketua Pengarah, pegawai dan pekhidmat lain Lembaga bertanggungjawab kepada Lembaga.

Suggest a correction

(4)

Ketua Pengarah, pegawai dan pekhidmat Majlis hendaklah memegang jawatan selama tempoh, menerima gaji dan elaun dan tertakluk kepada syarat perkhidmatan sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.

Suggest a correction

Bahagian VI

BAHAGIAN VI

Seksyen 9

Bagi maksud Akta ini, dengan ini ditubuhkan suatu

Open as pageSuggest a correction

Kumpulan Wang Sukan Negara (kemudian daripada ini disebut

“Kumpulan Wang”) yang akan ditadbirkan dan dikawal oleh

Lembaga—

Seksyen 029B

Suggest a correction

FM Page 10 Monday, March 27, 2006 5:35 PM

Majlis Sukan Negara Malaysia 11

(i)

wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa oleh Parlimen;

(ii)

wang yang dipinjam dari semasa ke semasa oleh Lembaga atas terma dan syarat yang diluluskan oleh Menteri selepas berunding dengan Menteri Kewangan bagi maksud menjelaskan apa-apa tanggungannya atau melaksanakan apa-apa kewajipannya;

Suggest a correction

(iii)

semua wang yang didapati daripada menjalankan apa-apa projek, rancangan atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan Wang;

Suggest a correction

(iv)

semua wang yang didapati atau yang terbit daripada mana-mana harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Lembaga;

(iva)

semua pemberian, derma dan bekues daripada orang perseorangan, syarikat, yayasan dan sumber lain; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(v)

semua wang atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa cara kena dibayar kepada, atau terletak hak pada, Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan kuasa dan kewajipannya;

Suggest a correction

(i)

segala perbelanjaan (termasuk perbelanjaan modal) yang dilakukan oleh Lembaga dalam menjalankan fungsinya; dan

(ii)

wang bagi membayar balik apa-apa pinjaman yang telah diberikan kepada Lembaga menurut kuasanya untuk meminjam.

Kuasa meminjam

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 10

Lembaga boleh, mengikut syarat yang diluluskan oleh

Open as pageSuggest a correction

Menteri selepas berunding dengan Menteri Kewangan, meminjam wang sebanyak yang diperlukan olehnya bagi menjalankan mana-mana fungsinya di bawah Akta ini.

Seksyen 029B

Suggest a correction

FM Page 11 Monday, March 27, 2006 5:35 PM

12

Undang-Undang Malaysia

Pelaburan

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

Aset Lembaga hendaklah, setakat yang aset itu tidak dikehendaki untuk dibelanjakan oleh Lembaga di bawah Akta ini, dilaburkan mengikut cara yang diluluskan oleh Menteri:

Dengan syarat bahawa Lembaga tidak boleh membuat apa-apa pelaburan dalam sekuriti yang dikeluarkan atau didaftarkan atau dalam harta lain yang terletak di luar Malaysia kecuali dengan persetujuan Menteri Kewangan.

Seksyen 12

Anggaran perbelanjaan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sebelum permulaan bulan September setiap satu tahun,

Lembaga hendaklah menghantar kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan (termasuk perbelanjaan bagi projek pembangunan)

bagi tahun yang berikutnya mengikut bentuk dan yang mengandungi butir-butir sebagaimana yang dikehendaki oleh

Menteri; dan Menteri hendaklah sebelum permulaan bulan

November tahun itu memberitahu Lembaga jumlah wang yang dibenarkan untuk perbelanjaan amnya atau jumlah wang yang dibenarkan bagi setiap satu jenis perbelanjaan.

Suggest a correction

(3)

Lembaga boleh, pada bila-bila masa, menghantar kepada

Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun dan

Menteri boleh membenarkan kesemua atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan yang dimasukkan ke dalam anggaran tambahan itu.

Akaun dan audit

Suggest a correction

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

(2)

Akaun Lembaga hendaklah diaudit tiap-tiap tahun oleh

Juruaudit Negara atau juruaudit lain yang dilantik oleh Lembaga dengan persetujuan Menteri.

Suggest a correction

Seksyen 029B

Suggest a correction

FM Page 12 Monday, March 27, 2006 5:35 PM

Majlis Sukan Negara Malaysia 13

(3)

Akaun Lembaga hendaklah diaudit dalam tempoh enam bulan dari akhir setiap satu tahun kewangan dan dalam tempoh itu, Lembaga hendaklah menyebabkan suatu salinan penyata akaun itu mengikut sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri dihantar kepada Menteri, bersama dengan suatu salinan apa-apa pemerhatian yang dibuat oleh Juruaudit Negara atau oleh juruaudit lain yang dilantik di bawah subseksyen (2) mengenai mana-mana penyata atau mengenai akaun Lembaga.

Suggest a correction

Bahagian VII

BAHAGIAN VII

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

Majlis hendaklah, tidak lewat daripada 30hb Jun setiap tahun, menyebabkan supaya dibuat dan dihantar kepada Menteri, suatu laporan berkenaan dengan kegiatan Majlis dalam tahun yang lalu dan yang mengandungi apa-apa maklumat berhubung dengan penjalanan dan dasar Majlis.

Seksyen 15

Peraturan-peraturan

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan sebagaimana yang suai manfaat atau perlu bagi menetapkan sesuatu yang dikehendaki oleh Akta ini dan bagi melaksanakan peruntukan

Akta ini dengan lebih baik.

Seksyen 16

Kerahsiaan dan penalti

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana ahli yang dengan diketahuinya melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun.

Suggest a correction

Seksyen 029B

Suggest a correction

FM Page 13 Monday, March 27, 2006 5:35 PM

14

Undang-Undang Malaysia

Kanun Keseksaan

Seksyen 17

Ketua Pengarah dan mana-mana pegawai atau pekhidmat

Open as pageSuggest a correction

Majlis yang dilantik di bawah seksyen 8 hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam dalam pengertian Kanun Keseksaan

[Akta 574].

Seksyen 18

Perlindungan terhadap prosiding undang-undang

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika seseorang dikecualikan daripada tanggungan semata-mata oleh sebab peruntukan seksyen ini, Majlis bertanggungan setakat yang Majlis akan bertanggungan jika orang itu seorang pekhidmat atau ejen Majlis.

Pewakilan oleh Lembaga

Suggest a correction

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

Lembaga boleh, dengan suatu surat cara bertulis, mewakilkan kepada sesiapa atau mana-mana badan mana-mana kewajipannya yang perlu dijalankan di dalam atau di luar Malaysia:

Dengan syarat bahawa seseorang itu atau mana-mana badan itu tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk mengelolakan Kumpulan

Wang dan hendaklah menjalankan kewajipannya dalam serba perkara mengikut arahan Lembaga.

Seksyen 20

Arahan oleh Menteri

Open as pageSuggest a correction
(1)

Menteri boleh memberi Majlis atau Lembaga sesuatu arahan sebagaimana yang difikirkannya patut yang tidak berlawanan dengan peruntukan Akta ini tentang penjalanan dan pelaksanaan oleh Majlis atau Lembaga akan kuasa, kewajipan dan fungsinya di bawah Akta ini, dan Majlis atau Lembaga hendaklah melaksanakan semua arahan itu.

Seksyen 029B

Suggest a correction

FM Page 14 Monday, March 27, 2006 5:35 PM

Majlis Sukan Negara Malaysia 15

(2)

Lembaga hendaklah memberi Menteri apa-apa maklumat sebagaimana yang dikehendakinya dari semasa ke semasa berhubung dengan harta dan kegiatannya.

Hilang kelayakan untuk diambil kerja sebagai pegawai Majlis

Suggest a correction

Seksyen 21

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang pegawai atau pekhidmat yang dilantik oleh

Lembaga dan yang mempunyai atau memperoleh sesuatu syer atau kepentingan tersebut boleh, menurut budi bicara Lembaga, dibuang kerja terus tanpa diberi notis.

Suggest a correction

Jadual

Suggest a correction

JADUAL PERTAMA

BAHAGIAN I

[Subseksyen 5(4)]

1. Tempoh jawatan bagi ahli Majlis kecuali Pengerusi ialah selama tempoh dua tahun. Ahli boleh dilantik semula.

2. Tempoh jawatan bagi seseorang ahli yang dilantik untuk mengisi sesuatu kekosongan ialah selama baki tempoh jawatan ahli yang mengosongkan jawatan itu.

3. Segala perbelanjaan Majlis hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang.

4. Jawatan seseorang ahli Majlis selain ahli yang dilantik kerana jawatan hendaklah dikosongkan—

(a)

jika dia mati;

(b)

jika dia tidak lagi berkelayakan;

(c)

jika dia menjadi bankrap, gila atau tidak sempurna akal;

(d)

jika dia tidak menghadiri mesyuarat tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Majlis; atau

(e)

jika peletakan jawatannya diterima oleh Menteri.

5. Tertakluk kepada peruntukan Akta ini Majlis boleh menetapkan tatacaranya sendiri.

029B.FM Page 15 Monday, March 27, 2006 5:35 PM

16

Undang-Undang Malaysia

BAHAGIAN II

[Subseksyen 6(4)]

1. Ahli Lembaga kecuali Pengerusi hendaklah memegang jawatan selama tempoh dua tahun dan boleh dilantik semula.

2. Jawatan seseorang ahli Lembaga hendaklah dikosongkan—

(a)

jika dia mati;

(b)

jika dia tidak lagi berkelayakan;

(c)

jika dia menjadi bankrap, gila atau tidak sempurna akal;

(d)

jika dia tidak menghadiri mesyuarat tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Lembaga; atau

(e)

jika peletakan jawatannya diterima oleh Menteri.

3. Tempoh jawatan bagi seseorang ahli yang dilantik untuk menggantikan seseorang ahli lain yang telah mengosongkan jawatannya ialah selama baki tempoh jawatan ahli yang kemudian itu asalnya dilantik.

4. Pengerusi Lembaga mempunyai kuasa untuk memanggil sesuatu mesyuarat

Lembaga apabila difikirkannya perlu.

5. Tertakluk kepada peruntukan Akta ini Lembaga boleh menetapkan tatacaranya sendiri.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL KEDUA

[Subseksyen 7(1)]

KAEDAH-KAEDAH BAGI MENUBUHKAN MAJLIS SUKAN

DI NEGERI-NEGERI PERSEKUTUAN MALAYSIA

Tafsiran

1. Dalam tafsiran Kaedah-Kaedah ini dan mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Jawatankuasa” ertinya Jawatankuasa Pengurusan yang dilantik di bawah kaedah 9;

“Majlis” ertinya Majlis Sukan Negeri;

029B.FM Page 16 Monday, March 27, 2006 5:35 PM

Majlis Sukan Negara Malaysia 17

“Majlis Sukan Daerah” ertinya Majlis Sukan Daerah yang ditubuhkan di dalam Negeri itu oleh Majlis Sukan Negeri atau bagi Wilayah Persekutuan,

Negeri-Negeri Sabah dan Sarawak, Majlis Sukan setiap kawasan pentadbiran;

“Pengarah” ertinya Pengarah Majlis Sukan Negeri yang dilantik di bawah subkaedah 10(1);

“Persatuan Sukan Negeri” ertinya mana-mana persatuan, kelab, yayasan atau badan lain yang menjalankan kawalan khusus ke atas mana-mana cawangan sukan di dalam Negeri pada peringkat seluruh negeri.

Nama

2. Majlis ini hendaklah dinamakan “MAJLIS SUKAN NEGERI”.

Tujuan Majlis

3. Tujuan Majlis adalah—

(a)

untuk memajukan kepentingan sukan pada amnya di dalam negeri dan khususnya mengadakan kemudahan yang cukup bagi kemajuan semua cawangan sukan di peringkat Negeri dan Daerah;

(b)

untuk melakukan penyelarasan semua Persatuan Sukan Negeri dan agensi sukan lain di dalam Negeri itu; dan

(c)

untuk mendapatkan dan mentadbirkan wang bagi mencapai tujuan

Majlis berhubung dengan Majlis Sukan Negara Malaysia.

Fungsi Majlis

4. Fungsi Majlis adalah—

(a)

untuk menjalankan tujuan Majlis;

(b)

untuk menubuhkan Majlis Sukan Daerah bagi mengadakan kemudahan yang cukup bagi memajukan sukan pada peringkat

Daerah;

(c)

untuk membuat syor kepada Kerajaan Negeri mengenai cara, langkah dan dasar yang patut diambil bagi memudahkan kemajuan sukan, dan jika diluluskan oleh Kerajaan, untuk melaksanakan dan membantu dalam melaksanakan syor itu; dan

(d)

untuk mengambil segala langkah yang difikirkan perlu bagi mencapai dengan sepatutnya tujuan Majlis.

Kuasa Majlis

5. Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang suai manfaat atau semunasabahnya perlu atau bersangkutan tetapi dengan tidak menyentuh keluasan kaedah yang disebut terdahulu—

029B.FM Page 17 Monday, March 27, 2006 5:35 PM

18

Undang-Undang Malaysia

(a)

untuk menjalankan tinjauan dan penyiasatan berkenaan dengan sukan;

(b)

untuk menghendaki jabatan kerajaan dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang menguruskan sukan supaya menghantar laporan berkenaan dengan kegiatannya;

(c)

untuk mengambil bahagian atau membantu dalam kemajuan sukan dan dalam mengadakan atau memperbaik kemudahan sukan;

(d)

untuk memperoleh, membeli, memajak, menyewa, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerah balik dan memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau secara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan atau memajukan apa-apa harta alih atau harta tak alih kepunyaan Majlis mengikut terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Majlis;

(e)

untuk membuat sesuatu kontrak;

(f)

untuk menerima, sebagai balasan bagi perkhidmatan yang diberikan olehnya, komisen atau bayaran sebagaimana yang dipersetujui; dan

(g)

pada amnya untuk melakukan perbuatan sebagaimana yang difikirkan patut olehnya bagi maksud mencapai mana-mana tujuan yang disebut terdahulu.

Keanggotaan Majlis

6. Keanggotaan terbuka kepada mana-mana Persatuan Sukan Negeri atau

Majlis Sukan Daerah di dalam Negeri itu.

Ahli Majlis 7.

(1)

Majlis hendaklah terdiri daripada ahli yang berikut:

*(a) Pengerusi yang hendaklah dilantik oleh Menteri dengan berunding dengan Menteri Besar atau Ketua Menteri Negeri itu;

**(b) dua orang Timbalan Pengerusi yang dilantik oleh Menteri Besar atau

Ketua Menteri Negeri itu, seorang daripadanya ialah Setiausaha

Kerajaan Negeri;

*CATATAN—Dalam pemakaiannya kepada Majlis Sukan Wilayah Persekutuan telah diubah suai dan gantikan dengan “Pengerusi yang hendaklah dilantik oleh Menteri;” –

lihat Perintah Majlis Sukan Negara Malaysia (Pengubahsuaian) 1988 [P.U.(A)367/

1988].

**CATATAN—Dalam pemakaiannya kepada Majlis Sukan Wilayah Persekutuan telah diubah suai dan gantikan dengan “dua orang Timbalan Pengerusi yang dilantik oleh

Menteri, seorang daripadanya ialah Ketua Setiausaha Negara atau wakilnya;” – lihat

[P.U.(A)367/1988].

029B.FM Page 18 Monday, March 27, 2006 5:35 PM

Majlis Sukan Negara Malaysia 19

(c)

seorang wakil yang dinamakan oleh setiap Persatuan Sukan Negeri;

(d)

Pengerusi setiap Majlis Sukan Daerah;

*(e) Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri atau wakilnya;

**(f) Pengarah Kewangan Negeri atau wakilnya;

*(g) Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri atau wakilnya; dan

(h)

tidak kurang daripada tiga dan tidak lebih daripada enam orang yang pada pendapat Pengerusi boleh memberikan sumbangan terhadap perkembangan dan kemajuan sukan.

(2)

Ahli Majlis, kecuali Pengerusi, hendaklah dilantik oleh Menteri,

Menteri Besar atau Ketua Menteri selama tempoh dua tahun dan boleh dilantik semula.

(3)

Jika berlaku sesuatu kekosongan luar jangka dalam Majlis di bawah subperenggan (c) dan (d), pihak berkuasa yang berkenaan hendaklah melantik mana-mana orang untuk mengisi kekosongan itu.

(4)

Jika berlaku sesuatu kekosongan luar jangka dalam Majlis di bawah subperenggan (h), Pengerusi hendaklah melantik mana-mana orang untuk memenuhi kekosongan itu.

Mesyuarat Majlis 8.

(1)

Majlis hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali tiap-tiap 3

bulan atau lebih kerap lagi sebagaimana yang difikirkan perlu.

(2)

Sekurang-kurangnya empat belas hari notis bertulis hendaklah diberikan kepada ahli.

(3)

Satu pertiga daripada ahli Majlis yang hadir dan yang berhak mengundi dalam mesyuarat itu hendaklah membentuk kuorum.

(4)

Tiap-tiap seorang ahli Majlis yang hadir berhak kepada satu undi.

(5)

Sekiranya bilangan undi sama banyak, Pengerusi berhak memberikan undi kedua atau undi pemutus.

(6)

Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Majlis dan mesyuarat Jawatankuasa. Jika Pengerusi tidak ada seorang daripada Timbalan

Pengerusi dikehendaki menjadi Pengerusi mesyuarat itu. Jika Timbalan

Pengerusi tidak ada, ahli yang hadir hendaklah memilih seorang antara mereka untuk menjadi Pengerusi mesyuarat itu.

*CATATAN—Dalam pemakaiannya kepada Majlis Sukan Wilayah Persekutuan telah diubah suai dan gantikan perkataan “Negeri” dengan perkataan “Wilayah

Persekutuan” – lihat [P.U.(A)367/1988].

**CATATAN—Dalam pemakaiannya kepada Majlis Sukan Wilayah Persekutuan telah diubah suai dan gantikan dengan “seorang wakil daripada Perbendaharaan;” – lihat

[P.U.(A)367/1988].

029B.FM Page 19 Monday, March 27, 2006 5:35 PM

20

Undang-Undang Malaysia

Jawatankuasa Pengurusan 9.

(1)

Pengurusan hal ehwal Majlis terletak hak pada Jawatankuasa Pengurusan yang terdiri daripada—

(a)

Pengerusi;

(b)

dua orang Timbalan Pengerusi mengikut perenggan 7(1)(b);

(c)

empat orang ahli yang dilantik di bawah perenggan 7(1)(c);

(d)

dua orang ahli yang dilantik di bawah perenggan 7(1)(d);

*(e) Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri atau wakilnya;

**(f) Pengarah Kewangan Negeri atau wakilnya;

*(g) Pengarah Belia dan Sukan Negeri; dan

(h)

tidak lebih daripada tiga orang lain yang pada pendapat Pengerusi boleh memberikan sumbangan terhadap perkembangan dan kemajuan sukan.

(2)

Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam 3 bulan dan tujuh hari notis bertulis mengenainya hendaklah diberikan kepada semua ahli.

(3)

Jawatankuasa hendaklah bertanggungjawab bagi menjalankan fungsi dan pentadbiran hal ehwal dan urusan Majlis.

(4)

Dalam mana-mana mesyuarat Jawatankuasa satu pertiga daripada bilangan ahli Jawatankuasa itu hendaklah membentuk kuorum.

(5)

Seorang ahli Jawatankuasa yang tidak menghadiri mesyuarat tiga kali berturut-turut, sama ada tanpa sebab yang memuaskan hati atau tanpa kebenaran Jawatankuasa ipso facto terhenti menjadi ahli Jawatankuasa itu.

(6)

Jika berlaku sesuatu kekosongan dalam Jawatankuasa, Jawatankuasa itu hendaklah melantik mana-mana orang untuk mengisi kekosongan itu.

Pentadbiran Majlis

10. (1) Jawatankuasa boleh melantik seorang

Pengarah yang akan bertanggungjawab bagi pentadbiran dan pengurusan harian hal ehwal Majlis dan untuk melaksanakan kuasa sebagaimana yang diamanahkan atau diwakilkan oleh Jawatankuasa atau Pengerusi Jawatankuasa apabila bertindak bagi pihak Jawatankuasa.

*CATATAN—Dalam pemakaiannya kepada Majlis Sukan Wilayah Persekutuan telah diubah suai dan gantikan perkataan “Negeri” dengan perkataan “Wilayah

Persekutuan” – lihat [P.U.(A)367/1988].

**CATATAN—Dalam pemakaiannya kepada Majlis Sukan Wilayah Persekutuan telah diubah suai dan gantikan dengan “wakil daripada Perbendaharaan;” – lihat [P.U.(A)367/

1988].

029B.FM Page 20 Monday, March 27, 2006 5:35 PM

Majlis Sukan Negara Malaysia 21

(2)

Jawatankuasa boleh melantik pegawai dan pekhidmat lain sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi menjalankan hal ehwal Majlis dengan cekap.

(3)

Pengarah, pegawai dan pekhidmat lain Majlis bertanggungjawab kepada

Jawatankuasa.

(4)

Pengarah, pegawai dan pekhidmat Majlis hendaklah memegang jawatan selama tempoh, menerima gaji dan elaun dan tertakluk kepada syarat perkhidmatan sebagaimana yang ditetapkan oleh Jawatankuasa.

Kumpulan Wang Kewangan

11. Bagi maksud Jadual ini, dengan ini ditubuhkan suatu Kumpulan Wang

Sukan Negeri yang akan ditadbirkan dan dikawal oleh Jawatankuasa—

(a)

yang ke dalamnya akan dimasukkan—

*(i) wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa oleh Pihak

Berkuasa Negeri;

**(ii)semua wang yang didapati daripada menjalankan apa-apa projek, rancangan atau perusahaan yang dibiayai oleh

Kumpulan Wang;

(iii)

wang yang dipinjam dari semasa ke semasa oleh Majlis atas terma dan syarat yang diluluskan oleh Menteri selepas berunding dengan Menteri Kewangan dan Pihak Berkuasa

Negeri bagi maksud menjelaskan apa-apa tanggungannya atau melaksanakan apa-apa kewajipannya;

(iv)

semua wang yang didapati atau yang terbit daripada mana-mana harta pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Majlis; dan

(v)

semua pemberian, derma dan bekues daripada orang perseorangan, syarikat, yayasan dan sumber yang lain;

(b)

yang daripadanya akan dibayar—

(i)

semua perbelanjaan yang dilakukan oleh Majlis bagi menjalankan fungsinya; dan

*CATATAN—Dalam pemakaiannya kepada Majlis Sukan Wilayah Persekutuan telah diubah suai dan gantikan dengan “wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa oleh

Kerajaan Persekutuan;” – lihat [P.U.(A)367/1988].

**CATATAN—Dalam pemakaiannya kepada Majlis Sukan Wilayah Persekutuan telah diubah suai dan gantikan dengan “wang yang dipinjamkan dari semasa ke semasa oleh

Majlis atas terma dan syarat yang diluluskan oleh Menteri Kewangan dan Kerajaan

Persekutuan bagi menjelaskan apa-apa tanggungjawabnya atau melaksanakan apa-apa kewajipannya;” – lihat [P.U.(A)367/1988].

029B.FM Page 21 Monday, March 27, 2006 5:35 PM

22

Undang-Undang Malaysia

(ii)

wang bagi membayar balik apa-apa pinjaman yang telah diberikan kepada Majlis menurut kuasanya untuk meminjam.

Kuasa meminjam

*12. Jawatankuasa boleh, mengikut syarat yang diluluskan oleh Menteri, selepas berunding dengan Menteri Kewangan dan Pihak Berkuasa Negeri meminjam wang sebanyak yang diperlukan olehnya bagi menjalankan mana-mana fungsinya di bawah Akta ini.

Anggaran perbelanjaan

13. (1) Majlis hendaklah menyediakan anggaran perbelanjaan untuk tiap-tiap tahun kewangan dan perbelanjaan ini hendaklah dibayar daripada Kumpulan

Wang Sukan Negeri. Anggaran perbelanjaan itu hendaklah diluluskan oleh

Menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri Negeri itu.

(2)

Pengarah bertanggungjawab bagi menjaga segala wang Majlis yang hendaklah didepositkan dalam bank yang diluluskan oleh Pengerusi.

(3)

Semua cek yang dikeluarkan atas Akaun Majlis hendaklah ditandatangani oleh Pengarah dan pegawai yang diluluskan oleh Jawatankuasa.

(4)

Tahun Kewangan bagi Majlis ialah 1hb Januari hingga 31hb Disember.

Akaun dan audit

14. (1) Majlis hendaklah menyimpan dengan sepatutnya semua akaun dan rekod lain berkenaan dengan penjalanannya dan hendaklah menyediakan

Penyata Akaun bagi tiap-tiap satu tahun kewangan.

(2)

Akaun Majlis hendaklah diaudit setiap tahun oleh Ketua Audit Negara atau wakilnya, Juruaudit Negeri atau juruaudit yang dilantik oleh Majlis dengan persetujuan Menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri Negeri itu.

(3)

Akaun Majlis hendaklah diaudit dalam tempoh 6 bulan dari akhir tiap satu tahun kewangan dan dalam tempoh itu Jawatankuasa hendaklah mengarahkan supaya satu salinan penyata akaun itu sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri, Menteri Besar atau Ketua Negeri itu dihantar kepadanya bersama-sama dengan satu salinan apa-apa pemerhatian yang dibuat oleh Juruaudit Negeri atau Juruaudit yang dilantik oleh Jawatankuasa.

*CATATAN—Dalam pemakaiannya kepada Majlis Sukan Wilayah Persekutuan telah diubah suai dan gantikan dengan “Jawatankuasa boleh, mengikut syarat yang diluluskan oleh Menteri, selepas berunding dengan Menteri Kewangan dan Kerajaan Persekutuan meminjam wang sebanyak yang diperlukan olehnya bagi menjalankan mana-mana fungsinya di bawah Akta ini.” – lihat [P.U.(A)367/1988].

029B.FM Page 22 Monday, March 27, 2006 5:35 PM

Majlis Sukan Negara Malaysia 23

Laporan tahunan

15. Majlis hendaklah, tidak lewat daripada 30hb Jun setiap tahun, menyebabkan supaya dibuat dan dihantar kepada Menteri, Menteri Besar atau

Ketua Menteri suatu laporan berkenaan dengan kegiatan Majlis dalam tahun yang lalu dan yang mengandungi apa-apa maklumat berhubung dengan penjalanan dan dasar Majlis.

Kerahsiaan dan Penalti

16. (1) Kecuali bagi maksud Akta ini atau maksud sesuatu prosiding jenayah di bawah Akta ini, tiada seorang pun ahli, pegawai atau pekhidmat Majlis boleh mendedahkan apa-apa maklumat berkenaan dengan mana-mana satu urusan yang telah didapati olehnya semasa menjalankan kewajipannya dan yang tidak disiarkan menurut Akta ini.

(2)

Mana-mana ahli yang dengan diketahuinya melanggar peruntukan perenggan (1) di atas melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun.

Kanun Keseksaan

17. Semua ahli dan mana-mana pegawai atau pekhidmat Majlis hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam dalam pengertian Kanun Keseksaan.

Am

18. Tertakluk kepada peruntukan Akta ini Majlis boleh menetapkan tatacaranya sendiri.

029B.FM Page 23 Monday, March 27, 2006 5:35 PM

24

Akta 29

1971

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta 160

Akta Mata Wang Malaysia (Ringgit)

1975 29-08-1975

Akta A460

Akta

Majlis

Sukan

Negara

Malaysia (Pindaan) 1979 24-08-1979

P.U.(A)224/1981

Perintah Majlis Sukan Negara

Malaysia (Pengubahsuaian) 1981 01-07-1981

P.U.(A)367/1988

Perintah Majlis Sukan Negara

Malaysia (Pengubahsuaian) 1988 21-10-1988

P.U.(A)368/1988

Perintah Majlis Sukan Negara

Malaysia (Pindaan Jadual Kedua)

1988 01-01-1988

kecuali kaedah 16

Jadual

Suggest a correction

Jadual Kedua:

21-10-1988 029B.FM Page 24 Monday, March 27, 2006 5:35 PM

25

Akta 29

1971

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari 2

Akta A460 24-08-1979 4

Akta A460 24-08-1979 5

Akta A460 24-08-1979 6

Akta A460 24-08-1979 7

Akta A460 24-08-1979 7A

Akta A460 24-08-1979 9

Akta A460 24-08-1979 10

Akta A460 24-08-1979 13

Akta A460 24-08-1979 16

Akta 160 29-08-1975 17

Akta A460 24-08-1979

Jadual

Suggest a correction

Jadual Kedua

Akta A460 24-08-1979

P.U.(A)368/1988 01-01-1988;

21-10-1988 029B.FM Page 25 Monday, March 27, 2006 5:35 PM

Common questions

What is NATIONAL SPORTS COUNCIL OF MALAYSIA ACT 1971?
AKTA MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA 1971 is Malaysia Act, cited as Act 29 1971, currently marked in force and first recorded in 1971.
Is NATIONAL SPORTS COUNCIL OF MALAYSIA ACT 1971 still in force?
Yes — NATIONAL SPORTS COUNCIL OF MALAYSIA ACT 1971 is currently in force.
When did NATIONAL SPORTS COUNCIL OF MALAYSIA ACT 1971 take effect?
NATIONAL SPORTS COUNCIL OF MALAYSIA ACT 1971 was first recorded in 1971.
How many sections does NATIONAL SPORTS COUNCIL OF MALAYSIA ACT 1971 have?
NATIONAL SPORTS COUNCIL OF MALAYSIA ACT 1971 contains 31 sections.
Where can I read the official version of NATIONAL SPORTS COUNCIL OF MALAYSIA ACT 1971?
The official text of NATIONAL SPORTS COUNCIL OF MALAYSIA ACT 1971 is published at lom.agc.gov.my.