Malaysia legislation

Section 17

of AKTA INSTITUT SUKAN NEGARA 2011

Seksyen 17

(2)

Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen

(1)

hendaklah menimbangkan perkara yang dirujuk kepadanya oleh Institut dan membuat syor yang sesuai mengenainya kepada

Institut.

(3)

Institut boleh memilih mana-mana anggotanya atau mana-mana orang lain menjadi pengerusi sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).

(4)

Institut boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota sesuatu jawatankuasa.

(5)

Sesuatu jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri dan, dalam menjalankan kuasanya di bawah subseksyen ini, jawatankuasa itu hendaklah tertakluk kepada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa itu oleh Institut.

(6)

Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu.

(7)

Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa itu bagi maksud menasihatinya mengenai apa-apa perkara yang dibincangkan, tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat itu.

18

Undang-Undang Malaysia

Akta 729

(8)

Anggota sesuatu jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (7) untuk menghadiri mana-mana mesyuarat sesuatu jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Institut.

(9)

Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya dan layak untuk dilantik semula.

(10)

Institut boleh, pada bila-bila masa membatalkan pelantikan mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa.

(11)

Seseorang anggota jawatankuasa boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui suatu notis bertulis yang dialamatkan kepada Pengerusi Institut.

(12)

Jawatankuasa hendaklah menyebabkan—

(a)

minit semua mesyuaratnya disenggara dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya; dan

(b)

salinan minit semua mesyuaratnya diserahkan kepada

Institut seberapa segera yang dapat dilaksanakan.

(13)

Mana-mana minit yang dibuat mengenai mesyuarat jawatankuasa hendaklah, jika ditandatangani dengan sewajarnya, boleh diterima sebagai keterangan dalam semua prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya.

(14)

Tiap-tiap mesyuarat jawatankuasa yang berkenaan dengan prosidingnya minit telah dibuat mengikut subseksyen (12) dan

(13)

hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.

Section 17 — NATIONAL SPORTS INSTITUTE ACT 2011 | mylaw.my