Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
(2)
Institut hendaklah meletak hak pada Ketua Pegawai Eksekutif apa-apa kuasa dan hendaklah mengenakan ke atasnya apa-apa kewajipan sebagaimana yang ditentukan oleh Institut.
(3)
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertanggungjawab bagi keseluruhan pentadbiran dan pengurusan fungsi dan hal ehwal hari ke hari Institut.
(4)
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan tambahan sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri dari semasa ke semasa.
(5)
Dalam menunaikan kewajipannya, Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Institut.
(6)
Jika Ketua Pegawai Eksekutif tidak ada buat sementara di
Malaysia atau tidak berupaya untuk sementara oleh sebab sakit atau oleh apa-apa sebab lain untuk melaksanakan kewajipannya, atau jika jawatan Ketua Pegawai Eksekutif adalah kosong pada masa itu, Institut boleh mengarahkan mana-mana Timbalan Ketua
Pegawai Eksekutif untuk melaksanakan kewajipan Ketua Pegawai
Eksekutif semasa ketiadaan atau ketidakupayaan sementara itu.
Pengambilan khidmat pegawai dan pekerja lain Institut