Malaysia legislation
Section 20
Seksyen 20
Institut boleh memberikan—
(a)
bayaran faedah persaraan, gratuiti dan elaun lain sebagaimana yang ditentukan oleh Institut kepada pegawai dan pekerja
Institut;
(b)
subsidi, pemberian, kemudahan pembiayaan atau kredit, dengan atau tanpa bunga, dan pembiayaan atau pinjaman ihsan yang lain, kepada pegawai dan pekerja Institut;
(c)
subsidi, pemberian, kemudahan pembiayaan atau kredit, dengan atau tanpa bunga, bagi maksud perubatan kepada pegawai dan pekerja Institut, dan tanggungan mereka;
(d)
kemudahan pembiayaan atau kredit, dengan atau tanpa bunga, bagi maksud pendidikan atau biasiswa kepada pegawai dan pekerja Institut atau mana-mana orang lain;
dan
(e)
derma kepada mana-mana orang, atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Institut.