Malaysia legislation

Section 21

of AKTA INSTITUT SUKAN NEGARA 2011

Seksyen 21

(2)

Perkhidmatan di bawah subseksyen (1) hendaklah termasuk—

(a)

menyediakan perkhidmatan sains sukan dan perubatan sukan dalam program latihan atlet;

(b)

membuat syor mengenai penggunaan kemahiran dan teknik yang relevan berhubung dengan sains sukan dalam apa-apa aktiviti, acara atau pertandingan sukan;

(c)

menjalankan apa-apa pemeriksaan, pengujian dan penilaian terhadap prestasi seseorang atlet yang dirujuk kepada

Institut oleh Majlis Sukan Negara dan membuat apa-apa syor bagi memperbaik prestasi atlet itu;

(d)

melaksanakan rawatan yang perlu bagi dan pengurusan—

(i)

keadaan perubatan seseorang ahli sukan; dan

(ii)

kecederaan yang dialami oleh seseorang ahli sukan dalam apa-apa aktiviti, acara atau pertandingan sukan; dan

(e)

memantau dan menguruskan perkhidmatan yang diberikan di bawah perenggan (a) hingga (d).

Program untuk mengenal pasti atlet yang berpotensi

Section 21 — NATIONAL SPORTS INSTITUTE ACT 2011 | mylaw.my