Malaysia legislation

Section 29

of AKTA INSTITUT SUKAN NEGARA 2011

Seksyen 29

(2)

Kumpulan Wang hendaklah dikawal, disenggara dan dikendalikan oleh Institut.

(3)

Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—

(a)

apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan oleh Parlimen bagi maksud Akta ini dari semasa ke semasa;

(b)

wang yang diperoleh melalui pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan

Wang;

(c)

wang yang diperoleh atau didapati daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, pajakan, penyewaan, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada

Institut;

(d)

apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, pajakan, penyewaan, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Institut;

(e)

jumlah wang yang dipinjam oleh Institut bagi maksud memenuhi apa-apa obligasinya atau menunaikan apa-apa kewajipannya;

(f)

wang yang diperoleh daripada perkhidmatan perundingan dan nasihat dan apa-apa perkhidmatan lain yang diberikan oleh Institut;

(g)

wang yang diterima oleh Institut melalui pemberian;

(h)

semua wang lain yang diterima secara sah oleh Institut;

dan

(i)

semua wang dan harta lain yang boleh mengikut apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Institut berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya.

Institut Sukan Negara 25

Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan

Wang

Section 29 — NATIONAL SPORTS INSTITUTE ACT 2011 | mylaw.my