Malaysia legislation
Section 30
Seksyen 30
Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud yang berikut:
(a)
membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan secara sah oleh Institut;
(b)
membayar saraan, elaun dan perbelanjaan lain anggota
Institut, anggota jawatankuasa, pegawai dan pekerja Institut, termasuk pemberian pinjaman dan wang pendahuluan, elaun persaraan, faedah persaraan dan ganjaran;
(c)
membiayai aktiviti penyelidikan dan pembangunan;
(d)
menyumbang kepada badan atau organisasi, di dalam atau di luar Malaysia, yang Institut merupakan anggotanya atau kepada mana-mana organisasi yang berhubungan dengan sains sukan dan perubatan sukan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri;
(e)
memberikan bantuan kewangan di bawah seksyen 20;
(f)
membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain berhubung dengan perolehan barang dan perkhidmatan, termasuk pengambilan perunding, fi dan kos guaman serta fi dan kos lain, yang dilakukan atau diterima dengan sewajarnya oleh Institut dalam pelaksanaan fungsinya dan penjalanan kuasanya di bawah Akta ini;
(g)
membeli atau menyewa kelengkapan, jentera dan apa-apa bahan lain, memperoleh tanah dan mendirikan bangunan, dan menjalankan apa-apa kerja dan pengusahaan lain dalam pelaksanaan fungsinya dan penjalanan kuasanya di bawah Akta ini;
(h)
membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah seksyen 38 dan bunga yang kena dibayar atas wang itu;
dan
(i)
secara amnya, membayar apa-apa belanja bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.
26
Undang-Undang Malaysia
Akta 729
Pemeliharaan Kumpulan Wang