Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(2)
Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan
Ketua Pegawai Eksekutif atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Ketua Pegawai Eksekutif, dan hendaklah disahkan sama ada oleh Ketua Pegawai Eksekutif atau oleh mana-mana pegawai lain yang diberi kuasa oleh Ketua Pegawai Eksekutif secara bertulis.
(3)
Semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan itu dan disahkan mengikut subseksyen (2) hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sah.
(4)
Apa-apa surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki supaya dimeteraikan boleh disempurnakan mengikut cara yang serupa oleh seorang pegawai atau pekerja
Institut yang diberi kuasa bagi maksud itu.
(5)
Meterai perbadanan Institut hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Fungsi Institut