Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Akta 729
(a)
untuk menasihati Menteri mengenai apa-apa perkara yang berkenaan dengan aspek saintifik berhubung dengan prestasi atlet;
(b)
untuk merumuskan, mengesyorkan dan mengkaji semula kaedah dan langkah saintifik yang meningkatkan prestasi atlet;
(c)
untuk bekerjasama dengan mana-mana entiti Kerajaan, institusi pengajian tinggi awam atau swasta, badan sukan atau mana-mana organisasi dalam program untuk mengenal pasti atlet yang berpotensi untuk mencapai kecemerlangan dalam sukan;
(d)
untuk menyediakan perkhidmatan saintifik, nasihat, perundingan dan perkhidmatan yang berkaitan dalam sains sukan dan perubatan sukan;
(e)
untuk mewujudkan dan mengekalkan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana orang, badan atau organisasi yang terlibat dalam pembangunan sains sukan dan perubatan sukan, di dalam dan di luar Malaysia;
Institut Sukan Negara 11
(f)
untuk menyediakan dan menjalankan pemeriksaan dan rawatan perubatan yang perlu untuk ahli sukan;
(g)
untuk menjadi pusat maklumat, pusat sumber dan pusat rujukan bagi sains sukan dan perubatan sukan;
(h)
untuk mengumpulkan, menguruskan dan menyebarkan maklumat dan menyenggara rekod mengenai semua perkara yang berhubungan dengan aspek saintifik prestasi atlet;
(i)
untuk menjalankan dan menyelaraskan aktiviti penyelidikan, pembangunan dan inovasi dalam bidang sains sukan, perubatan sukan dan bidang lain yang berkaitan yang difikirkannya perlu; dan
(j)
untuk melakukan apa-apa benda lain sebagaimana yang difikirkannya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya secara berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.
Kuasa Institut