Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kuasa Institut termasuklah kuasa—
(a)
untuk menjalankan kursus dan program latihan dalam bidang sains sukan dan perubatan sukan;
(b)
untuk menstruktur dan menentukan komponen sains sukan dan perubatan sukan dalam apa-apa program bagi persediaan atlet dan membantu dalam pelaksanaannya, di dalam dan di luar Malaysia;
(c)
untuk menyelia teknik-teknik sains sukan dalam apa-apa program bagi persediaan atlet dan menyediakan sokongan teknikal yang perlu;
(d)
untuk menjalankan dan melaksanakan apa-apa pemeriksaan, pengujian dan penilaian fizikal atau selainnya, dalam apa-apa program untuk mengenal pasti atlet yang berpotensi;
12
Undang-Undang Malaysia
Akta 729
(e)
untuk memeriksa, menguji dan menilai kompetensi jurulatih berkenaan dengan kemahiran dan teknik yang berkaitan dalam sains sukan;
(f)
tertakluk kepada subseksyen (3), untuk menubuhkan, menyenggara dan mentadbir klinik, farmasi, makmal dan kemudahan lain bagi perubatan sukan;
(g)
untuk menubuhkan dan menyenggara mana-mana tempat atau kemudahan di mana perkhidmatan saintifik, nasihat, perundingan, penyelidikan dan perkhidmatan yang berkaitan dalam bidang sains sukan dan perubatan sukan boleh disediakan;
(h)
untuk mengusahakan aktiviti yang berhubungan dengan penyelidikan, pembangunan dan inovasi dalam bidang sains sukan, perubatan sukan dan bidang lain yang berkaitan;
(i)
untuk memudahkan dan menjalankan latihan dalam sains sukan dan perubatan sukan secara bersesama atau secara bersekutu, secara gabungan atau usaha sama dengan mana-mana entiti Kerajaan, institusi pengajian tinggi awam atau swasta, badan sukan atau organisasi;
(j)
untuk membuat rundingan, perjanjian atau perkiraan dengan mana-mana orang, badan atau organisasi, di dalam atau di luar Malaysia, sebagaimana yang difikirkannya patut bagi menunaikan fungsinya;
(k)
untuk memperoleh, memegang, melupuskan atau memberikan hak berkaitan dengan apa-apa dapatan penyelidikan yang dijalankan oleh atau bagi Institut;
(l)
untuk mengenakan fi atau apa-apa caj lain yang difikirkannya patut bagi penggunaan apa-apa kemudahan yang berhubungan dengan penyelidikan, pengujian, nasihat atau apa-apa perkhidmatan lain yang diberikan oleh Institut;
(m)
untuk mengutip dan menerima apa-apa wang berhubung dengan penggunaan kemudahannya dan sebagai balasan bagi perkhidmatan lain yang diberikan oleh Institut;
(n)
untuk membuat sumbangan kepada badan atau organisasi, di dalam atau di luar Malaysia, yang Institut merupakan anggotanya atau kepada mana-mana organisasi yang berhubungan dengan sains sukan dan perubatan sukan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri; dan
Institut Sukan Negara 13
(o)
untuk membuat semua perkara yang suai manfaat atau perlu bagi atau bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.
(3)
Kuasa Institut di bawah perenggan (2)(f) hendaklah tertakluk kepada apa-apa undang-undang bertulis yang berhubungan dengan penubuhan, penyenggaraan dan pentadbiran mana-mana klinik, farmasi, makmal dan kemudahan lain.
Keanggotaan Institut