Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(2)
Pemegang amanah hendaklah dilantik oleh Menteri dan hendaklah terdiri daripada—
(a)
seorang Pengerusi;
(b)
seorang Timbalan Pengerusi yang hendaklah merupakan seorang pegawai Kementerian Kewangan;
(c)
seorang pegawai dari Jabatan Perdana Menteri; dan
(d)
dua orang anggota yang mempunyai pengalaman dalam perniagaan atau kewangan.
Kumpulan Wang Amanah Negara 7
(3)
Panel hendaklah mempunyai apa-apa kuasa dan hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan sebagaimana yang diberikan dan dipertanggungkan oleh Akta ini atau sebagaimana yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Menteri dan boleh melalui surat cara bertulis mewakilkan kepada mana-mana orang segala atau mana-mana kuasa dan kewajipan itu.
(4)
Maka boleh dibayar kepada setiap anggota Panel daripada
Kumpulan Wang itu apa-apa elaun, termasuk elaun perjalanan dan elaun sara hidup, sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri dari semasa ke semasa.
(5)
Tertakluk kepada Akta ini, Panel hendaklah mempunyai kuasa untuk membuat kaedah-kaedah dan mengawal selia prosidingnya.
(6)
Semua anggota, pegawai dan pekhidmat Panel hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam dalam erti Kanun Keseksaan
[Akta 574].
Wang yang dikehendaki dibayar ke dalam Kumpulan Wang