Malaysia legislation

Section 10

of AKTA SUMPAH DAN IKRAR 1949

Seksyen 10

Kuasa mahkamah untuk menawarkan sumpah atau ikrar tertentu

Jika mana-mana pihak atau saksi dalam mana-mana prosiding kehakiman menawarkan, atau apabila dicabar, bersetuju untuk memberikan keterangan atas sumpah atau ikrar mengikut apa-apa bentuk yang lazim di kalangan atau dianggap mengikat oleh orang daripada ras atau kepercayaan pihak atau saksi itu dan tidak bertentangan dengan keadilan atau kesusilaan, dan tidak berupa sebagai menjejaskan mana-mana orang ketiga, mahkamah boleh, jika difikirkannya patut, walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini sebelumnya, menyebabkan sumpah atau ikrar itu ditawarkan kepadanya.