Malaysia legislation
Section 7A
Seksyen 7A
(2)
Menteri boleh, bagi maksud subseksyen (1) dan tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), membuat perintah yang disiarkan dalam Warta bagi maksud yang berikut:
(a)
untuk menetapkan kelayakan dan standard kekompetenan orang yang akan diambil kerja oleh orang berlesen;
(b)
untuk menetapkan kuasa orang yang diambil kerja oleh orang berlesen untuk menjalankan fungsi orang berlesen;
(c)
untuk menetapkan rekod yang hendaklah disimpan oleh orang berlesen;
(d)
untuk menetapkan penyata yang hendaklah dikemukakan oleh orang berlesen kepada Ketua Pengarah pada lat-lat tempoh tertentu;
(e)
untuk mengawal selia pemeriksaan oleh Ketua Pengarah terhadap premis orang berlesen dan rekod yang disimpan di premis itu;
(f)
untuk menetapkan standard pemeriksaan untuk dipatuhi oleh orang berlesen; dan
(g)
untuk menetapkan fungsi atau kewajipan yang hendaklah dijalankan oleh orang berlesen.
(3)
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, memberikan kuasa kepada orang berlesen untuk menuntut, menetapkan, memungut dan menyimpan caj, fi atau levi yang
18
Undang-Undang Malaysia berkenaan dengan perkhidmatan yang diberikan oleh orang berlesen itu.
(4)
Suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (3) hendaklah menyatakan—
(a)
jenis perkhidmatan yang berkenaan dengannya caj, fi atau levi boleh dituntut, dipungut dan disimpan; dan
(b)
tempoh pemberian kuasa untuk menuntut, memungut dan menyimpan caj, fi atau levi itu.
(5)
Orang berlesen yang diberi kuasa di bawah subseksyen (3)
hendaklah—
(a)
menyenggarakan apa-apa akaun, buku dan rekod berkenaan dengan pembayaran dan pemungutan caj, fi atau levi sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah;
(b)
mengemukakan kepada Ketua Pengarah apa-apa maklumat, penyata dan akaun berkenaan dengan pembayaran dan pemungutan caj, fi atau levi sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah; dan
(c)
membenarkan Ketua Pengarah atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah untuk mendapatkan akses kepada atau meneliti atau memeriksa apa-apa dokumen, jentera atau peralatan yang disenggarakan atau yang digunakan bagi pembayaran dan pemungutan caj, fi atau levi.
(6)
Pemberikuasaan orang berlesen di bawah subseksyen (3) tidak boleh menyebabkan Kerajaan Persekutuan bertanggungan kepada mana-mana orang berkenaan dengan apa-apa kecederaan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh kegagalan orang berlesen itu untuk menjalankan obligasinya di bawah Akta ini yang berkenaan dengannya caj, fi atau levi yang dituntut, dipungut dan disimpan.
(7)
Jika orang berlesen melanggar mana-mana syarat lesen atau mana-mana peruntukan apa-apa perintah yang dibuat di bawah
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 19
seksyen ini atau mana-mana peruntukan subseksyen (5) yang dia dikehendaki untuk mematuhinya, orang berlesen itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
(8)
Walau apa pun pelesenan seseorang di bawah seksyen ini,
Menteri boleh memberikan arahan kepada Ketua Pengarah untuk menjalankan mana-mana fungsi yang di bawah terma-terma lesen itu sepatutnya dijalankan oleh orang itu.
Pembatalan lesen