Malaysia legislation

Section 7B

of *AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994

Seksyen 7B

(2)

Jika sehingga tempoh yang ditetapkan dalam notis itu tamat orang berlesen itu telah gagal untuk mematuhi notis itu, Ketua

Pengarah hendaklah mengemukakan suatu laporan kepada Menteri tentang kegagalan itu.

(3)

Jika, selepas mempertimbangkan laporan daripada Ketua

Pengarah, Menteri berpuas hati bahawa pelanggaran itu serius dari segi sifat atau menjejaskan atau boleh menjejaskan keselamatan dan kesihatan pekerja atau orang awam dan bahawa orang berlesen itu telah gagal atau enggan untuk mengambil atau tidak mengambil segala langkah yang ditetapkan dalam notis itu bagi maksud memastikan pematuhan syarat yang telah dilanggar oleh orang berlesen itu, Menteri boleh memberi orang berlesen itu suatu notis yang menyatakan bahawa dia bercadang untuk membatalkan lesen yang diberikan kepada orang itu dan notis itu juga hendaklah menyatakan—

20

Undang-Undang Malaysia

(a)

pelanggaran yang dikatakan terhadap orang berlesen itu dan tindakan atau peninggalan yang menjadikan pelanggaran itu; dan

(b)

tempoh (yang tidak boleh kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh notis itu) yang dalamnya orang berlesen itu boleh membuat representasi berhubung dengan pembatalan itu.

(4)

Selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam notis itu dan selepas mempertimbangkan apa-apa representasi yang dibuat oleh orang berlesen itu, Menteri boleh memutuskan sama ada untuk meneruskan dengan cadangan pembatalan itu atau tidak mengambil tindakan selanjutnya.

(5)

Jika Menteri membuat keputusan untuk membatalkan lesen atau tidak mengambil tindakan selanjutnya,

Menteri hendaklah memberikan suatu notis kepada orang berlesen itu untuk memaklumkan orang berlesen itu tentang keputusan itu, dan keputusan itu hendaklah berkuat kuasa pada tarikh notis itu dihantar kepada orang berlesen itu.

(6)

Orang berlesen hendaklah menyerahkan lesen yang telah dibatalkan kepada Ketua Pengarah dalam tempoh tujuh hari dari tarikh penerimaan notis di bawah subseksyen (5).

(7)

Walau apa pun pembatalan lesen itu, kesahan apa-apa perakuan kelayakan yang dikeluarkan oleh orang berlesen itu hendaklah terus sah sehingga habis tempoh perakuan kelayakan itu dan orang berlesen itu hendaklah terus mengambil alih apa-apa obligasi, kewajipan dan tanggungjawab yang dikenakan oleh atau berkaitan dengan pengeluaran perakuan kelayakan itu.

Pemberian lesen baharu apabila pembatalan

Section 7B — OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH ACT 1994