Malaysia legislation
Section 16
Seksyen 16
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 18
seksyen yang berikut:
“Kewajipan prinsipal 18a. (1) Hendaklah menjadi kewajipan tiap-tiap prinsipal untuk mengambil, setakat yang boleh dipraktikkan, apa-apa langkah sebagaimana yang perlu untuk memastikan keselamatan dan kesihatan—
(a)
mana-mana kontraktor yang diguna khidmat oleh prinsipal apabila sedang bekerja;
(b)
mana-mana subkontraktor atau subkontraktor tidak langsung apabila sedang bekerja; dan
(c)
mana-mana pekerja yang diambil kerja oleh kontraktor atau subkontraktor apabila sedang bekerja.
(2)
Kewajipan yang dikenakan ke atas prinsipal dalam subseksyen (1) hendaklah hanya terpakai jika kontraktor, subkontraktor atau pekerja yang disebut dalam subseksyen itu bekerja di bawah arahan prinsipal mengenai cara kerja itu dijalankan.
(3)
Bagi maksud subseksyen (1), langkah-langkah yang perlu untuk memastikan keselamatan dan kesihatan orang yang sedang bekerja termasuklah—
(a)
pengadaan dan penyenggaraan loji dan sistem kerja yang, setakat yang boleh dipraktikkan, selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan;
(b)
pembuatan perkiraan termasuk peruntukan masa yang mencukupi, belanjawan dan sumber lain bagi menjamin, setakat yang boleh dipraktikkan, keselamatan dan ketiadaan risiko kepada kesihatan yang berkaitan dengan aktiviti kerja pembinaan, penggunaan atau pengendalian, penanganan, penyimpanan atau pengangkutan loji dan bahan;
Undang-Undang Malaysia 18
Akta A1648
(c)
pengadaan apa-apa maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan sebagaimana yang perlu untuk memastikan, setakat yang boleh dipraktikkan, keselamatan dan kesihatan orang yang sedang bekerja;
(d)
setakat yang boleh dipraktikkan, berkenaan dengan mana-mana tempat kerja di bawah kawalan prinsipal, penyenggaraan tempat kerja dalam keadaan yang selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan dan pengadaan dan penyenggaraan cara masuk ke dalamnya dan keluar darinya yang selamat dan tanpa risiko sedemikian;
(e)
pengadaan dan penyenggaraan persekitaran pekerjaan bagi orang yang sedang bekerja yang, setakat yang boleh dipraktikkan, selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan; dan
(f)
pembangunan dan pelaksanaan tatacara bagi berurusan dengan kecemasan yang boleh timbul semasa orang sedang bekerja.
(4)
Hendaklah menjadi kewajipan tiap-tiap prinsipal untuk mengambil, setakat yang boleh dipraktikkan, langkah-langkah yang perlu untuk memastikan keselamatan dan kesihatan orang, selain orang yang disebut dalam perenggan (1)(a), (b)
atau (c) yang bekerja di bawah arahan prinsipal, yang mungkin terjejas dengan mana-mana pengusahaan yang dijalankan olehnya di tempat kerja.
(5)
Hendaklah menjadi kewajipan tiap-tiap prinsipal, dalam keadaan yang ditetapkan dan mengikut cara yang ditetapkan, untuk memberikan kepada orang, selain orang yang disebut dalam perenggan (1)(a), (b) atau (c) yang bekerja di bawah arahan prinsipal, maklumat yang ditetapkan tentang apa-apa aspek cara dia menjalankan pengusahaannya yang boleh menjejaskan keselamatan atau kesihatan mereka.
(6)
Bagi maksud seksyen ini, “subkontraktor” ertinya mana-mana orang yang membuat kontrak dengan seorang kontraktor bagi pelaksanaan oleh atau di bawah subkontraktor itu keseluruhan atau mana-mana bahagian apa-apa kerja yang diusahakan oleh kontraktor itu bagi prinsipalnya, dan termasuklah mana-mana orang yang membuat kontrak dengan subkontraktor untuk menjalankan keseluruhan atau mana-mana bahagian apa-apa kerja yang diusahakan oleh subkontraktor itu bagi seorang kontraktor.
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan)
19
Kewajipan untuk menjalankan dan melaksanakan pentaksiran risiko 18b. (1) Tiap-tiap majikan, orang yang bekerja sendiri atau prinsipal hendaklah menjalankan pentaksiran risiko berhubung dengan risiko keselamatan dan kesihatan yang terdedah kepada mana-mana orang yang mungkin terjejas dengan pengusahaannya di tempat kerja.
(2)
Jika pentaksiran risiko menunjukkan bahawa kawalan risiko dikehendaki untuk menghapuskan atau mengurangkan risiko keselamatan dan kesihatan, majikan, orang yang bekerja sendiri atau prinsipal itu hendaklah melaksanakan kawalan itu.
(3)
Bagi maksud seksyen ini, “pentaksiran risiko” ertinya proses membuat penilaian risiko kepada keselamatan dan kesihatan yang timbul daripada bahaya semasa bekerja dan menentukan langkah-langkah yang wajar bagi pengawalan risiko.”.
Pindaan seksyen 19