Seksyen 1
(2)
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pindaan seksyen 1
/akn/my/act/amendment_act/2022/A1648
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (PINDAAN) 2022 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1648 2022, currently marked in force and first recorded in 2022.
Opening note
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pindaan seksyen 1
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan [Akta 514], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 1—
dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:
“(2) Tertakluk kepada subseksyen (3), Akta ini hendaklah terpakai bagi semua tempat kerja di seluruh
Malaysia termasuk dalam perkhidmatan awam dan pihak berkuasa berkanun.”; dan
Undang-Undang Malaysia 4
Akta A1648
dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:
“(3) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini terpakai bagi pekerjaan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.”.
Pindaan seksyen 3
Seksyen 3 Akta ibu dipinda—
dengan memotong takrif “industri”;
dengan memasukkan sebelum takrif “kerajaan” takrif yang berikut:
‘ “kecederaan badan yang serius” ertinya apa-apa kecederaan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Keempat;’;
dengan memasukkan selepas takrif “kesatuan sekerja”
takrif yang berikut:
‘ “Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang dilantik di bawah subseksyen 5(1);
“kontraktor” ertinya mana-mana orang yang membuat kontrak dengan seorang prinsipal untuk menjalankan keseluruhan atau sebahagian apa-apa kerja yang diusahakan oleh prinsipal itu dalam penjalanan atau bagi maksud perdagangan, perniagaan, profesion atau pengusahaan prinsipal itu;’;
dengan menggantikan takrif “majikan” dengan takrif yang berikut:
‘ “majikan” ertinya mana-mana orang yang membuat suatu kontrak perkhidmatan untuk mengambil kerja mana-mana orang lain sebagai pekerja;’;
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan)
dengan memotong takrif “majikan langsung”;
dengan memasukkan selepas takrif “Majlis” takrif yang berikut:
‘ “orang berlesen” ertinya seseorang yang diberikan lesen di bawah subseksyen 7a(1);
“orang kompeten” ertinya orang kompeten yang berdaftar di bawah seksyen 31c;’;
dalam takrif “orang yang bekerja sendiri”, dengan menggantikan perkataan “pekerjaan” dengan perkataan “perkhidmatan”;
dengan menggantikan takrif “pegawai” dengan takrif yang berikut:
‘ “pegawai” ertinya pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 5(1) atau (3);’;
dengan menggantikan takrif “pekerja” dengan takrif yang berikut:
‘ “pekerja” ertinya mana-mana orang yang telah membuat suatu kontrak perkhidmatan dengan seorang majikan;’;
dengan memasukkan selepas takrif “pembekalan”
takrif yang berikut:
‘ “pengamal perubatan berdaftar” ertinya pengamal perubatan yang berdaftar di bawah
Akta Perubatan 1971 [Akta 50];’;
dengan memasukkan selepas takrif “penghuni” takrif yang berikut:
‘ “penyedia latihan berdaftar” ertinya penyedia latihan yang berdaftar di bawah seksyen 31c;
“perakuan kelayakan” ertinya suatu perakuan yang dikeluarkan di bawah seksyen 27d;
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1648
“perkhidmatan kesihatan pekerjaan” termasuklah perkhidmatan bagi perlindungan kesihatan pekerja semasa bekerja, bagi penggalakan kesihatan dan kesejahteraan di tempat kerja, dan juga bagi pencegahan penyakit pekerjaan, keracunan pekerjaan dan kemalangan;’;
dalam takrif “premis”, dalam perenggan (b), dengan memasukkan selepas perkataan “vesel” perkataan
“, hoverkraf”;
dengan memasukkan selepas takrif “premis” takrif yang berikut:
‘ “prinsipal” ertinya mana-mana orang yang dalam penjalanan atau bagi maksud perdagangan, perniagaan, profesion atau pengusahaannya membuat kontrak dengan seorang kontraktor untuk pelaksanaan oleh atau di bawah kontraktor itu keseluruhan atau sebahagian daripada apa-apa kerja yang diusahakan oleh prinsipal itu;’;
dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan “yang berbangkit daripada” perkataan “atau berkaitan dengan”.
Pindaan kepala Bahagian II
Kepala Bahagian II Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “PEGAWAI” perkataan “, BADAN
PEMERIKSAAN BEBAS DAN ORANG BERLESEN”.
Pindaan seksyen 5
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 5 dengan seksyen yang berikut:
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan)
7
“Pelantikan pegawai, dsb.
Ketua Pengarah bagi maksud menjalankan kuasa dan melaksanakan kewajipan yang diberikan kepadanya di bawah Akta ini; dan
apa-apa bilangan Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah,
Timbalan Pengarah, Penolong Pengarah dan pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan lain sebagaimana yang perlu bagi maksud Akta ini.
Jika atas apa-apa sebab Ketua Pengarah tidak dapat menjalankan kuasa atau melaksanakan kewajipan jawatannya, kuasa atau kewajipan itu hendaklah dijalankan atau dilaksanakan oleh Timbalan Ketua Pengarah.
Menteri boleh melantik mana-mana pegawai awam daripada mana-mana skim perkhidmatan selain yang dinyatakan dalam subseksyen (1) untuk menjadi pegawai bagi semua atau mana-mana maksud Akta ini sebagaimana yang dinyatakan dalam instrumen pelantikan.
Tertakluk kepada apa-apa batasan sebagaimana yang ditetapkan, pegawai yang dilantik di bawah perenggan (1)(b)
dan subseksyen (3) hendaklah melaksanakan semua kewajipan yang diberikan, dan boleh menjalankan semua kuasa yang diberikan, kepada Ketua Pengarah di bawah Akta ini, dan tiap-tiap kewajipan yang dilaksanakan dan kuasa yang dijalankan itu hendaklah disifatkan telah dilaksanakan dan dijalankan dengan sewajarnya bagi maksud Akta ini.
Pegawai yang dilantik di bawah perenggan (1)(b) dan subseksyen (3) hendaklah tertakluk kepada kawalan, arahan dan pengawasan Ketua Pengarah.”.
Undang-Undang Malaysia 8
Akta A1648
Pindaan seksyen 6
Seksyen 6 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan
“Seseorang pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 5(2) dan seseorang” dengan perkataan
“Seseorang”; dan
dengan menggantikan perkataan “Ketua Pengarah dan semua pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 5(2), dan seseorang” dengan perkataaan
“Seseorang”;
dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “public servants” dengan perkataan
“a public servant”.
Pindaan seksyen 7
Subseksyen 7(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Akta ini” dengan perkataan “perenggan 5(1)(b) dan subseksyen 5(3)”.
Seksyen baharu 7a, 7b, 7c dan 7d
seksyen yang berikut:
“Pelantikan orang berlesen, dsb.
Quoted provision
Menteri boleh, bagi maksud subseksyen (1) dan tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), membuat perintah yang disiarkan dalam Warta bagi maksud yang berikut:
untuk menetapkan kelayakan dan standard kekompetenan orang yang akan diambil kerja oleh orang berlesen;
untuk menetapkan kuasa orang yang diambil kerja oleh orang berlesen untuk menjalankan fungsi orang berlesen;
untuk menetapkan penyata yang hendaklah dikemukakan oleh orang berlesen kepada Ketua Pengarah pada lat-lat tempoh tertentu;
untuk mengawal selia pemeriksaan oleh Ketua
Pengarah terhadap premis orang berlesen dan rekod yang disimpan di premis itu;
untuk menetapkan standard pemeriksaan untuk dipatuhi oleh orang berlesen; dan
untuk menetapkan fungsi atau kewajipan yang hendaklah dijalankan oleh orang berlesen.
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam
Warta, memberikan kuasa kepada orang berlesen untuk menuntut, menetapkan, memungut dan menyimpan caj, fi atau levi yang berkenaan dengan perkhidmatan yang diberikan oleh orang berlesen itu.
Suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (3)
hendaklah menyatakan—
jenis perkhidmatan yang berkenaan dengannya caj, fi atau levi boleh dituntut, dipungut dan disimpan;
dan
tempoh pemberian kuasa untuk menuntut, memungut dan menyimpan caj, fi atau levi itu.
Undang-Undang Malaysia 10
Akta A1648
Orang berlesen yang diberi kuasa di bawah subseksyen (3) hendaklah—
menyenggarakan apa-apa akaun, buku dan rekod berkenaan dengan pembayaran dan pemungutan caj, fi atau levi sebagaimana yang dikehendaki oleh
Ketua Pengarah;
mengemukakan kepada Ketua Pengarah apa-apa maklumat, penyata dan akaun berkenaan dengan pembayaran dan pemungutan caj, fi atau levi sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah;
dan
membenarkan Ketua Pengarah atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa secara bertulis oleh
Ketua Pengarah untuk mendapatkan akses kepada atau meneliti atau memeriksa apa-apa dokumen, jentera atau peralatan yang disenggarakan atau yang digunakan bagi pembayaran dan pemungutan caj, fi atau levi.
Pemberikuasaan orang berlesen di bawah subseksyen (3)
tidak boleh menyebabkan Kerajaan Persekutuan bertanggungan kepada mana-mana orang berkenaan dengan apa-apa kecederaan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh kegagalan orang berlesen itu untuk menjalankan obligasinya di bawah
Akta ini yang berkenaan dengannya caj, fi atau levi yang dituntut, dipungut dan disimpan.
Jika orang berlesen melanggar mana-mana syarat lesen atau mana-mana peruntukan apa-apa perintah yang dibuat di bawah seksyen ini atau mana-mana peruntukan subseksyen (5)
yang dia dikehendaki untuk mematuhinya, orang berlesen itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Walau apa pun pelesenan seseorang di bawah seksyen ini, Menteri boleh memberikan arahan kepada Ketua Pengarah untuk menjalankan mana-mana fungsi yang di bawah terma-terma lesen itu sepatutnya dijalankan oleh orang itu.
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan)
11
Pembatalan lesen 7b. (1) Jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa orang berlesen telah melanggar mana-mana syarat lesen,
Ketua Pengarah boleh memberikan suatu notis bertulis kepada orang berlesen itu yang menghendakinya untuk mematuhi syarat yang telah dilanggar olehnya dan mengambil segala langkah yang ditetapkan dalam notis itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu.
Jika sehingga tempoh yang ditetapkan dalam notis itu tamat orang berlesen itu telah gagal untuk mematuhi notis itu, Ketua Pengarah hendaklah mengemukakan suatu laporan kepada Menteri tentang kegagalan itu.
Jika, selepas mempertimbangkan laporan daripada
Ketua Pengarah, Menteri berpuas hati bahawa pelanggaran itu serius dari segi sifat atau menjejaskan atau boleh menjejaskan keselamatan dan kesihatan pekerja atau orang awam dan bahawa orang berlesen itu telah gagal atau enggan untuk mengambil atau tidak mengambil segala langkah yang ditetapkan dalam notis itu bagi maksud memastikan pematuhan syarat yang telah dilanggar oleh orang berlesen itu, Menteri boleh memberi orang berlesen itu suatu notis yang menyatakan bahawa dia bercadang untuk membatalkan lesen yang diberikan kepada orang itu dan notis itu juga hendaklah menyatakan—
pelanggaran yang dikatakan terhadap orang berlesen itu dan tindakan atau peninggalan yang menjadikan pelanggaran itu; dan
tempoh (yang tidak boleh kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh notis itu) yang dalamnya orang berlesen itu boleh membuat representasi berhubung dengan pembatalan itu.
Selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam notis itu dan selepas mempertimbangkan apa-apa representasi yang dibuat oleh orang berlesen itu, Menteri boleh memutuskan sama ada untuk meneruskan dengan cadangan pembatalan itu atau tidak mengambil tindakan selanjutnya.
Undang-Undang Malaysia 12
Akta A1648
Jika Menteri membuat keputusan untuk membatalkan lesen atau tidak mengambil tindakan selanjutnya, Menteri hendaklah memberikan suatu notis kepada orang berlesen itu untuk memaklumkan orang berlesen itu tentang keputusan itu, dan keputusan itu hendaklah berkuat kuasa pada tarikh notis itu dihantar kepada orang berlesen itu.
Orang berlesen hendaklah menyerahkan lesen yang telah dibatalkan kepada Ketua Pengarah dalam tempoh tujuh hari dari tarikh penerimaan notis di bawah subseksyen (5).
Walau apa pun pembatalan lesen itu, kesahan apa-apa perakuan kelayakan yang dikeluarkan oleh orang berlesen itu hendaklah terus sah sehingga habis tempoh perakuan kelayakan itu dan orang berlesen itu hendaklah terus mengambil alih apa-apa obligasi, kewajipan dan tanggungjawab yang dikenakan oleh atau berkaitan dengan pengeluaran perakuan kelayakan itu.
Pemberian lesen baharu apabila pembatalan 7c. (1) Apabila suatu lesen dibatalkan di bawah seksyen 7b,
Menteri boleh, selepas berunding dengan Ketua Pengarah, melantik orang lain untuk menjalankan, menunaikan, mengambil alih atau melaksanakan apa-apa fungsi, obligasi, kewajipan, tanggungjawab dan syarat yang diberikan atau yang dikenakan oleh lesen yang dibatalkan itu, dan untuk menerima apa-apa pembayaran, faedah atau keistimewaan yang orang yang lesennya dibatalkan itu berhak untuk menerima atau menikmati di bawah terma-terma dan syarat-syarat lesen itu.
Orang yang lesennya dibatalkan hendaklah memberikan segala bantuan dan kerjasama yang perlu kepada orang yang dilantik oleh Menteri di bawah subseksyen (1).
Menyatakan diri sebagai orang berlesen 7d. (1) Seseorang tidak boleh menyatakan dirinya sebagai orang berlesen jika dia tidak pernah diberikan lesen di bawah seksyen 7a atau lesen yang diberikan kepadanya telah dibatalkan di bawah seksyen 7b.
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan)
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.”.
Penggantian seksyen 9
lima orang daripada organisasi yang mewakili majikan yang, pada pendapat Menteri, mempunyai pengalaman yang luas atau pengetahuan khas dalam perkara yang berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;
lima orang daripada organisasi yang mewakili pekerja yang, pada pendapat Menteri, mempunyai pengalaman yang luas atau pengetahuan khas dalam perkara yang berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia; dan
wakil daripada Kementerian atau Jabatan yang tanggungjawabnya berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang, pada pendapat Menteri, mempunyai pengalaman yang luas atau pengetahuan khas dalam perkara yang berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;
Undang-Undang Malaysia 14
Akta A1648
tiga orang atau lebih, yang daripadanya sekurang-kurangnya seorang hendaklah wanita, daripada organisasi atau badan profesional yang aktiviti anggotanya berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, dan yang, pada pendapat
Menteri, mempunyai pengalaman yang luas atau pengetahuan khas dalam perkara yang berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Menteri hendaklah melantik Pengerusi dan Timbalan
Pengerusi Majlis daripada kalangan orang yang disebut dalam subseksyen (1), kecuali orang yang disebut dalam perenggan (1)(d).”.
Pindaan seksyen 11
Seksyen 11 Akta ibu dipinda—
dalam perenggan (i), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan koma bernoktah;
dan
dengan memasukkan selepas perenggan (i) perenggan yang berikut:
“(j) prosedur, perkiraan, latihan, pendidikan atau langkah-langkah wajar yang perlu diambil untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjaan;
bidang penyelidikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang akan dibangunkan oleh institusi yang relevan dan penerbitan hasil penyelidikan itu;
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan)
pembangunan dan pewujudan suatu mekanisme untuk menjana, memproses, menyimpan dan menyebar maklumat tentang keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjaan.”; dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(3) Majlis hendaklah menyelaraskan semua perkara dan aktiviti yang berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang dilaksanakan atau dijalankan oleh Kerajaan.”.
Pindaan seksyen 12
Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Ketua Pengarah, yang merupakan anggota Majlis di bawah perenggan 9(1)(d), hendaklah menjadi setiausaha kepada Majlis.”.
Pindaan seksyen 14
dengan menggantikan perkataan “dengan seberapa segera yang boleh dipraktikkan, selepas 30 Jun tetapi sebelum 31 Disember setiap tahun” dengan perkataan “selepas 31 Disember tetapi sebelum 31 Mac tahun yang berikut”;
dan
dengan menggantikan perkataan “30 Jun” dengan perkataan
“31 Disember”.
Pindaan kepala Bahagian IV
Akta ibu dipinda dengan menggantikan kepala Bahagian IV dengan kepala yang berikut:
“KEWAJIPAN AM MAJIKAN, ORANG YANG BEKERJA
SENDIRI DAN PRINSIPAL”.
Undang-Undang Malaysia 16
Akta A1648
Pindaan seksyen 15
dalam nota bahu, dengan memotong perkataan “dan orang yang bekerja sendiri kepada pekerja mereka”;
dalam subseksyen (1), dengan memotong perkataan “dan tiap-tiap orang yang bekerja sendiri”;
dalam perenggan (d), dengan memotong perkataan
“atau orang yang bekerja sendiri”;
dalam perenggan (e), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan koma bernoktah;
dan
dengan memasukkan selepas perenggan (e) perenggan yang berikut:
“(f) pembangunan dan pelaksanaan tatacara bagi berurusan dengan kecemasan yang boleh timbul semasa pekerjanya sedang bekerja.”;
dan
Seksyen 16 Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:
“Kewajipan majikan untuk membentuk dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan”; dan
dengan memotong perkataan “dan tiap-tiap orang yang bekerja sendiri”.
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan)
17
Seksyen baharu 18a dan 18b
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 18
seksyen yang berikut:
“Kewajipan prinsipal 18a. (1) Hendaklah menjadi kewajipan tiap-tiap prinsipal untuk mengambil, setakat yang boleh dipraktikkan, apa-apa langkah sebagaimana yang perlu untuk memastikan keselamatan dan kesihatan—
mana-mana kontraktor yang diguna khidmat oleh prinsipal apabila sedang bekerja;
mana-mana subkontraktor atau subkontraktor tidak langsung apabila sedang bekerja; dan
mana-mana pekerja yang diambil kerja oleh kontraktor atau subkontraktor apabila sedang bekerja.
Kewajipan yang dikenakan ke atas prinsipal dalam subseksyen (1) hendaklah hanya terpakai jika kontraktor, subkontraktor atau pekerja yang disebut dalam subseksyen itu bekerja di bawah arahan prinsipal mengenai cara kerja itu dijalankan.
Bagi maksud subseksyen (1), langkah-langkah yang perlu untuk memastikan keselamatan dan kesihatan orang yang sedang bekerja termasuklah—
pengadaan dan penyenggaraan loji dan sistem kerja yang, setakat yang boleh dipraktikkan, selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan;
pembuatan perkiraan termasuk peruntukan masa yang mencukupi, belanjawan dan sumber lain bagi menjamin, setakat yang boleh dipraktikkan, keselamatan dan ketiadaan risiko kepada kesihatan yang berkaitan dengan aktiviti kerja pembinaan, penggunaan atau pengendalian, penanganan, penyimpanan atau pengangkutan loji dan bahan;
Undang-Undang Malaysia 18
Akta A1648
pengadaan apa-apa maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan sebagaimana yang perlu untuk memastikan, setakat yang boleh dipraktikkan, keselamatan dan kesihatan orang yang sedang bekerja;
setakat yang boleh dipraktikkan, berkenaan dengan mana-mana tempat kerja di bawah kawalan prinsipal, penyenggaraan tempat kerja dalam keadaan yang selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan dan pengadaan dan penyenggaraan cara masuk ke dalamnya dan keluar darinya yang selamat dan tanpa risiko sedemikian;
pengadaan dan penyenggaraan persekitaran pekerjaan bagi orang yang sedang bekerja yang, setakat yang boleh dipraktikkan, selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan; dan
pembangunan dan pelaksanaan tatacara bagi berurusan dengan kecemasan yang boleh timbul semasa orang sedang bekerja.
Hendaklah menjadi kewajipan tiap-tiap prinsipal untuk mengambil, setakat yang boleh dipraktikkan, langkah-langkah yang perlu untuk memastikan keselamatan dan kesihatan orang, selain orang yang disebut dalam perenggan (1)(a), (b)
atau (c) yang bekerja di bawah arahan prinsipal, yang mungkin terjejas dengan mana-mana pengusahaan yang dijalankan olehnya di tempat kerja.
Hendaklah menjadi kewajipan tiap-tiap prinsipal, dalam keadaan yang ditetapkan dan mengikut cara yang ditetapkan, untuk memberikan kepada orang, selain orang yang disebut dalam perenggan (1)(a), (b) atau (c) yang bekerja di bawah arahan prinsipal, maklumat yang ditetapkan tentang apa-apa aspek cara dia menjalankan pengusahaannya yang boleh menjejaskan keselamatan atau kesihatan mereka.
Bagi maksud seksyen ini, “subkontraktor” ertinya mana-mana orang yang membuat kontrak dengan seorang kontraktor bagi pelaksanaan oleh atau di bawah subkontraktor itu keseluruhan atau mana-mana bahagian apa-apa kerja yang diusahakan oleh kontraktor itu bagi prinsipalnya, dan termasuklah mana-mana orang yang membuat kontrak dengan subkontraktor untuk menjalankan keseluruhan atau mana-mana bahagian apa-apa kerja yang diusahakan oleh subkontraktor itu bagi seorang kontraktor.
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan)
19
Kewajipan untuk menjalankan dan melaksanakan pentaksiran risiko 18b. (1) Tiap-tiap majikan, orang yang bekerja sendiri atau prinsipal hendaklah menjalankan pentaksiran risiko berhubung dengan risiko keselamatan dan kesihatan yang terdedah kepada mana-mana orang yang mungkin terjejas dengan pengusahaannya di tempat kerja.
Jika pentaksiran risiko menunjukkan bahawa kawalan risiko dikehendaki untuk menghapuskan atau mengurangkan risiko keselamatan dan kesihatan, majikan, orang yang bekerja sendiri atau prinsipal itu hendaklah melaksanakan kawalan itu.
Bagi maksud seksyen ini, “pentaksiran risiko” ertinya proses membuat penilaian risiko kepada keselamatan dan kesihatan yang timbul daripada bahaya semasa bekerja dan menentukan langkah-langkah yang wajar bagi pengawalan risiko.”.
Pindaan seksyen 19
Seksyen 19 Akta ibu dipinda—
dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan
“atau 18” dengan perkataan “, 18, 18a atau 18b”;
dengan menggantikan perkataan “atau 18” dengan perkataan
“, 18, 18a atau 18b”; dan
dengan menggantikan perkataan “lima puluh ribu” dengan perkataan “lima ratus ribu”.
Pindaan seksyen 20
Subseksyen 20(1) Akta ibu dipinda—
dalam perengan (b), dengan memotong perkataan “dan”
di hujung perenggan itu;
Undang-Undang Malaysia 20
Akta A1648
dalam perenggan (c), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan perkataan “; dan”; dan
dengan memasukkan selepas perenggan (c) perenggan yang berikut:
“(d) untuk mengambil apa-apa langkah yang perlu bagi menjamin, setakat yang boleh dipraktikkan, bahawa orang yang dibekalkan dengan loji itu diberikan semua kajian semula terhadap maklumat yang diberikan kepada mereka di bawah perenggan (c) sebagaimana yang perlu oleh sebab telah diketahui bahawa terdapat risiko baharu yang boleh menimbulkan risiko yang serius kepada keselamatan atau kesihatan.”.
Pindaan seksyen 21
Seksyen 21 Akta ibu dipinda—
dalam perenggan (b), dengan memotong perkataan
“dan” di hujung perenggan itu;
dalam perenggan (c), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan perkataan “; dan”; dan
dengan memasukkan selepas perenggan (c) perenggan yang berikut:
“(d) untuk mengambil apa-apa langkah yang perlu bagi menjamin, setakat yang boleh dipraktikkan, bahawa orang yang dibekalkan dengan bahan itu diberikan semua kajian semula terhadap maklumat yang diberikan kepada mereka di bawah perenggan (c)
sebagaimana yang perlu oleh sebab telah diketahui bahawa terdapat risiko baharu yang boleh menimbulkan risiko yang serius kepada keselamatan atau kesihatan.”; dan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan)
dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan
“pengilangan atau pembekalan” dengan perkataan
“perumusan atau pengilangan”.
Pindaan seksyen 23
Seksyen 23 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan
“dua puluh ribu” dengan perkataan “dua ratus ribu”.
Pindaan kepala Bahagian VI
Kepala Bahagian VI Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “KEWAJIPAN AM” perkataan “DAN HAK”.
Pindaan seksyen 24
Subseksyen 24(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “satu ribu” dengan perkataan “dua ribu”.
Seksyen baharu 26a
seksyen yang berikut:
“Hak pekerja 26a. (1) Seseorang pekerja, selepas memberitahu majikannya atau wakilnya bahawa dia mempunyai justifikasi yang munasabah untuk mempercayai terdapat suatu bahaya hampir pasti berlaku di tempat kerjanya, hendaklah mempunyai hak untuk mengeluarkan dirinya daripada bahaya atau kerja itu jika majikan itu gagal untuk mengambil apa-apa tindakan untuk menghapuskan bahaya itu.
Seseorang pekerja yang mengeluarkan dirinya daripada bahaya mengikut subseksyen (1) hendaklah dilindungi daripada akibat tidak wajar dan tidak boleh didiskriminasikan.
Undang-Undang Malaysia 22
Akta A1648
Bagi maksud seksyen ini, “bahaya hampir pasti berlaku”
ertinya suatu risiko kematian yang serius atau kecederaan badan yang serius kepada mana-mana orang yang disebabkan oleh mana-mana loji, bahan, keadaan, aktiviti, proses, amalan, tatacara atau bahaya tempat kerja.”.
Pindaan seksyen 27
Seksyen 27 Akta ibu dipinda—
dalam peranggan (b), dengan memotong perkataan
“atau” di hujung perenggan itu;
dalam perenggan (c), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan perkataan “; atau”;
dan
dengan memasukkan selepas perenggan (c) perenggan yang berikut:
“(d) telah membantu pegawai atau pengapit dalam mana-mana siasatan dalam menjalankan apa-apa pemeriksaan atau penyiasatan di bawah Akta ini.”; dan
dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan
“sepuluh ribu” dengan perkataan “satu ratus ribu”.
Bahagian baharu VIa
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian VI bahagian yang berikut:
“Bahagian VIa
PEMBERITAHUAN MENDUDUKI TEMPAT KERJA,
PEMASANGAN DAN PEMERIKSAAN LOJI, DSB.
Notis menduduki tempat kerja 27a. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), mana-mana orang yang menduduki atau menggunakan mana-mana premis sebagai tempat kerja atau mengusahakan apa-apa aktiviti di dalam
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan)
23
tempat kerja hendaklah memberikan notis kepada seorang pegawai yang mengandungi apa-apa butiran, dan mengikut apa-apa cara dan dalam apa-apa tempoh, sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
Kehendak untuk memberikan notis di bawah subseksyen (1) hendaklah hanya terpakai bagi tempat kerja dan aktiviti sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Penetapan loji yang menghendaki perakuan kelayakan 27b. Menteri boleh menetapkan mana-mana loji yang baginya suatu perakuan kelayakan dikehendaki.
Pemasangan loji 27c. (1) Tiada seorang pun boleh memasang atau menyebabkan untuk dipasang mana-mana loji yang ditetapkan di bawah seksyen 27b melainkan jika orang itu memastikan bahawa loji itu telah memenuhi semua kehendak yang ditetapkan oleh Menteri dan telah mendapat kelulusan bertulis daripada
Ketua Pengarah.
Seseorang boleh memohon bagi kelulusan yang disebut dalam subseksyen (1) dengan mengemukakan kepada
Ketua Pengarah apa-apa butiran mengikut apa-apa cara dan dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah.
Apabila menerima dan mempertimbangkan suatu permohonan di bawah subseksyen (2), Ketua Pengarah boleh memberikan kelulusan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang boleh dikenakan oleh Ketua Pengarah.
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Undang-Undang Malaysia 24
Akta A1648
Perakuan kelayakan 27d. (1) Tiada seorang pun boleh mengendalikan atau menyebabkan atau membenarkan untuk dikendalikan mana-mana loji yang telah dipasang di bawah seksyen 27c melainkan jika loji itu mempunyai suatu perakuan kelayakan yang dikeluarkan oleh seorang pegawai atau orang berlesen.
Apabila loji yang ditetapkan telah dipasang di bawah seksyen 27c, orang itu hendaklah menyampaikan suatu notis bertulis ke atas seorang pegawai atau orang berlesen yang, selepas menerima notis itu, hendaklah membuat pemeriksaan ke atas loji itu.
Jika, apabila pemeriksaan, pegawai atau orang berlesen itu mendapati loji itu—
mematuhi semua kehendak yang ditetapkan oleh
Menteri berkenaan dengan loji itu, pegawai atau orang berlesen itu hendaklah mengeluarkan suatu perakuan kelayakan selepas pembayaran apa-apa fi oleh orang itu sebagaimana yang ditetapkan oleh
Menteri; atau
tidak mematuhi mana-mana kehendak yang ditetapkan oleh Menteri berkenaan dengan loji itu, orang itu hendaklah membayar kepada pegawai atau orang berlesen itu apa-apa fi yang ditetapkan oleh Menteri bagi perkhidmatan yang diberikan walaupun tiada perakuan kelayakan dikeluarkan.
Suatu perakuan kelayakan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (3) hendaklah dalam apa-apa bentuk dan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat, dan hendaklah sah bagi apa-apa tempoh, sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Dalam hal apa-apa pelanggaran subseksyen (1), seseorang pegawai hendaklah dengan serta-merta menyampaikan kepada orang yang mengendalikan atau menyebabkan atau membenarkan untuk dikendalikan loji suatu notis bertulis
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan)
25
yang melarang pengendalian loji itu atau boleh menyebabkan loji itu tidak boleh dikendalikan sehingga suatu perakuan kelayakan dikeluarkan.
Seseorang yang tidak mematuhi notis yang dikeluarkan di bawah subseksyen (6) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Suatu perakuan kelayakan berkenaan dengan apa-apa loji yang sedang dibuka atau dibaiki atau rosak atas apa-apa sebab hendaklah tamat apabila loji itu dibuka, dibaiki atau rosak, tetapi Ketua Pengarah boleh mengecualikan mana-mana loji daripada pemakaian subseksyen ini jika pada pendapatnya loji itu tidak akan menyebabkan apa-apa bahaya kepada mana-mana orang atau harta.
Bagi maksud subseksyen (8)—
“rosak” ertinya apa-apa kecacatan fizikal yang terjadi kepada mana-mana loji semasa pengendalian atau selainnya yang boleh menjejaskan kekuatan dan integriti loji itu semasa pengendalian berikutnya;
“dibuka” ertinya untuk membuka mana-mana bahagian mana-mana loji yang boleh menjejaskan kekuatan, integriti atau keupayaan fungsian loji itu;
“dibaiki” ertinya apa-apa kerja yang dilakukan untuk membaik pulih mana-mana bahagian mana-mana loji yang telah rosak.
Pemeriksaan berkala loji 27e. (1) Suatu loji yang ditetapkan di bawah seksyen 27b hendaklah diperiksa oleh seorang pegawai atau orang berlesen pada bila-bila masa dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.
Suatu pemeriksaan di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada pembayaran apa-apa fi sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.
Undang-Undang Malaysia 26
Akta A1648
Skim pemeriksaan khas 27f. (1) Walau apa pun seksyen 27e, seseorang penghuni boleh memohon kepada Ketua Pengarah untuk kelulusan bagi skim pemeriksaan khas mengenai pemeriksaan bagi kelas loji tertentu dan tambahannya bersama-sama dengan apa-apa fi sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.
Ketua Pengarah boleh meluluskan suatu permohonan di bawah subseksyen (1) jika dia berpuas hati bahawa kehendak yang ditetapkan oleh Menteri berkenaan dengan loji itu telah dipenuhi.
Apabila kelulusan di bawah subseksyen (2) diberikan, pemeriksaan loji itu hendaklah dijalankan mengikut skim pemeriksaan khas.
Ketua Pengarah boleh membuat perintah dalam hal keadaan tertentu 27g. (1) Ketua Pengarah boleh membuat perintah khas bagi kelakuan dan panduan orang yang diambil kerja dalam mana-mana perkhidmatan yang melibatkan pengurusan atau pengendalian, atau penjagaan, atau kedekatan dengan, mana-mana loji atau proses yang dijalankan di dalam mana-mana tempat kerja yang ternyata padanya adalah perlu untuk memastikan keselamatan dan kesihatan mereka.
Majikan hendaklah memastikan dengan segala cara yang munasabah bahawa orang yang terdedah kepada bahaya sedar akan apa-apa perintah khas yang dibuat di bawah subseksyen (1)
dan orang itu hendaklah mematuhi perintah khas itu.
Bagi maksud subseksyen (2), suatu salinan perintah khas Ketua Pengarah yang dicetak atau ditulis dalam bahasa yang sesuai dan ditampalkan di tempat yang mudah dilihat yang berhampiran dengan loji atau proses yang dimaksudkan oleh perintah khas itu, supaya semua orang yang disebut itu mempunyai akses dan peluang yang bebas untuk membaca perintah khas itu, hendaklah disifatkan menjadi cara yang munasabah.”.
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan)
27
Pindaan seksyen 28
Seksyen 28 Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:
“Perkhidmatan kesihatan pekerjaan”;
dengan menggantikan perkataan “industri” dengan perkataan “tempat kerja” di mana-mana jua terdapat;
dengan menggantikan perkataan “kecederaan”
dengan perkataan “kesan buruk”; dan
dengan memasukkan perkataan “atau” di hujung perenggan itu;
dalam perenggan (d), dengan menggantikan perkataan
“kecederaan” dengan perkataan “kesan buruk”; dan
dengan menggantikan perkataan “supaya perkiraan munasabah sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan itu dibuat bagi pengawasan perubatan dan pemeriksaan perubatan, tidak termasuk rawatan perubatan yang bersifat pencegahan, atau mana-mana golongan orang yang diambil kerja dalam industri atau kelas atau jenis industri itu”
dengan perkataan “perkiraan bagi perkhidmatan kesihatan pekerjaan”; dan
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 28
seksyen yang berikut:
Undang-Undang Malaysia 28
Akta A1648
“Tiada tindakan terhadap orang yang menjalankan perkhidmatan kesihatan pekerjaan 28a. Tiada majikan boleh mengambil apa-apa tindakan terhadap mana-mana orang yang menjalankan perkhidmatan kesihatan pekerjaan kerana—
membuat suatu aduan mengenai apa-apa perkara yang dianggap sebagai suatu risiko kepada kesihatan; atau
membuat laporan kepada Ketua Pengarah mengenai mana-mana pesakit yang dipercayainya menghidapi apa-apa penyakit pekerjaan atau keracunan pekerjaan.”.
Pindaan seksyen 29
Seksyen 29 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan
“industri” dengan perkataan “tempat kerja”;
dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan
“mengambil kerja seorang orang kompeten” dengan perkataan “melantik seorang orang yang kompeten”;
dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan
“diambil kerja” dengan perkataan “dilantik”;
dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut:
“(4) Seseorang hendaklah dilantik sebagai pegawai keselamatan dan kesihatan hanya untuk satu tempat kerja pada satu-satu masa, melainkan jika dibenarkan selainnya oleh Ketua Pengarah.”; dan
dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan
“lima ribu” dengan perkataan “lima puluh ribu”.
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan)
29
Seksyen baharu 29a
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 29
seksyen yang berikut:
“Penyelaras keselamatan dan kesihatan pekerjaan 29a. (1) Seseorang majikan yang tempat kerjanya tidak termasuk dalam mana-mana kelas atau jenis tempat kerja sebagaimana yang disiarkan dalam Warta di bawah subseksyen 29(1) hendaklah melantik salah seorang daripada pekerjanya untuk bertindak sebagai penyelaras keselamatan dan kesihatan pekerjaan jika dia mengambil kerja lima atau lebih pekerja di tempat kerjanya.
Seseorang pekerja yang dilantik sebagai penyelaras keselamatan dan kesihatan pekerjaan di bawah subseksyen (1)
hendaklah dilantik bagi maksud menyelaraskan isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja.
Walau apa pun subseksyen (1), seseorang majikan yang disebut dalam subseksyen (1) yang telah melantik seorang pegawai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja hendaklah disifatkan telah mematuhi subseksyen (1).
Seseorang majikan yang melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.”.
Pindaan seksyen 30
Subseksyen 30(4) Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan perkataan “lima ribu” dengan perkataan “satu ratus ribu”; dan
dengan menggantikan perkataan “enam bulan” dengan perkataan “satu tahun”.
Seksyen baharu 31a
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 31
seksyen yang berikut:
Undang-Undang Malaysia 30
Akta A1648
“Kursus latihan keselamatan dan kesihatan pekerjaan 31a. (1) Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam
Warta, menghendaki mana-mana kelas atau perihal orang untuk menghadiri kursus latihan keselamatan dan kesihatan pekerjaan sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu yang dijalankan oleh seorang penyedia latihan berdaftar.
Majikan mana-mana orang yang dikehendaki untuk menghadiri apa-apa kursus latihan di bawah subseksyen (1)
hendaklah memastikan yang orang itu telah menyelesaikan kursus latihan tersebut sebelum membenarkan orang itu untuk melaksanakan apa-apa kerja yang baginya latihan itu diperlukan.
Walaupun seseorang telah menyelesaikan apa-apa kursus latihan keselamatan dan kesihatan pekerjaan sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen ini, Ketua Pengarah boleh, jika difikirkannya kursus ulangkaji adalah perlu, mengeluarkan suatu arahan bertulis yang menghendaki orang itu untuk menghadiri kursus latihan itu yang lain.
Seseorang majikan yang melanggar subseksyen (2)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.”.
Bahagian baharu VIIa
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian VII bahagian yang berikut:
“Bahagian VIIa
ORANG KOMPETEN DAN PENYEDIA LATIHAN BERDAFTAR
Aktiviti yang hendaklah dijalankan oleh orang kompeten dan penyedia latihan berdaftar 31b. (1) Bagi maksud Akta ini, tiada seorang pun boleh—
Jadual Kelima melainkan jika dia telah berdaftar sebagai orang kompeten di bawah Akta ini; atau
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan)
31
menjalankan apa-apa kursus latihan keselamatan dan kesihatan pekerjaan melainkan jika dia telah berdaftar sebagai penyedia latihan berdaftar di bawah Akta ini.
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.
Permohonan bagi pendaftaran 31c. (1) Seseorang yang berniat untuk berdaftar sebagai orang kompeten atau penyedia latihan berdaftar hendaklah mengemukakan suatu permohonan bagi pendaftaran kepada
Ketua Pengarah mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada pembayaran apa-apa fi sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri dan hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen dan maklumat sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.
Ketua Pengarah boleh, selepas mempertimbangkan permohonan itu, meluluskan permohonan itu tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut, atau menolak permohonan itu.
Permohonan di bawah subseksyen (1) boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum permohonan itu diluluskan atau ditolak, dalam keadaan sedemikian fi yang telah dibayar tidak boleh dibayar balik.
Kesahan pendaftaran 31d. Tiap-tiap pendaftaran yang diluluskan di bawah seksyen 31c hendaklah sah bagi tempoh tiga tahun dari tarikh yang dinyatakan dalam kelulusan.
Pembaharuan pendaftaran 31e. (1) Seseorang orang kompeten atau penyedia latihan berdaftar boleh membuat permohonan untuk membaharui pendaftaran sebelum tarikh habis tempoh pendaftaran pada bila-bila masa dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
Undang-Undang Malaysia 32
Akta A1648
Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada pembayaran apa-apa fi sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri dan hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh
Ketua Pengarah.
Ketua Pengarah boleh, selepas mempertimbangkan permohonan di bawah subseksyen (1)—
membaharui pendaftaran itu, dengan atau tanpa syarat; atau
menolak untuk membaharui pendaftaran itu.
Ketua Pengarah boleh menolak permohonan untuk membaharui pendaftaran jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa—
pemohon telah gagal untuk mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;
pemohon telah gagal untuk mematuhi mana-mana syarat pendaftaran; atau
pemohon telah mengemukakan apa-apa pernyataan, maklumat atau dokumen yang didapati palsu, tidak kira sama ada pemohon mengetahui atau mempercayai pernyataan, maklumat atau dokumen itu palsu atau selainnya.
Permohonan di bawah subseksyen (1) boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum permohonan itu diluluskan atau ditolak, dalam keadaan sedemikian fi yang telah dibayar tidak boleh dibayar balik.
Pembatalan pendaftaran 31f. (1) Ketua Pengarah boleh membatalkan pendaftaran orang kompeten atau penyedia latihan berdaftar jika
Ketua Pengarah berpuas hati bahawa dia—
telah gagal untuk mematuhi mana-mana peruntukan
Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan)
33
telah gagal untuk mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan ke atas pendaftaran;
telah mendapatkan atau memperoleh pendaftarannya dengan fraud atau salah nyataan; atau
tidak lagi sesuai untuk bertindak sebagai orang kompeten atau penyedia latihan berdaftar.
Walau apa pun subseksyen (1), Ketua Pengarah tidak boleh membatalkan pendaftaran orang kompeten atau penyedia latihan berdaftar melainkan jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa, setelah memberi orang kompeten atau penyedia latihan berdaftar itu suatu peluang untuk membuat apa-apa representasi secara bertulis yang dihasratkannya untuk dibuat, pendaftaran itu patut dibatalkan.
Jika pendaftaran orang kompeten atau penyedia latihan berdaftar dibatalkan, Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan suatu notis pembatalan pendaftaran kepada orang kompeten atau penyedia latihan berdaftar itu, dan pembatalan itu berkuat kuasa pada tarikh yang dinyatakan dalam notis itu.”.
Pindaan seksyen 32
33. Subseksyen 32(2) Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan perkataan “mana-mana penyakit yang disenaraikan dalam Jadual Ketiga Akta Kilang dan
Jentera 1967 [Akta 139], atau mana-mana penyakit yang dinamakan” dengan perkataan “penyakit pekerjaan atau keracunan pekerjaan yang dinyatakan”; dan
dengan memotong perkataan “, atau keracunan pekerjaan”.
Pindaan seksyen 33
34. Seksyen 33 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(2a) Pengapit yang dilantik di bawah subseksyen (2)
hendaklah mempunyai, bagi maksud siasatan, kuasa untuk memasuki dan memeriksa mana-mana premis, yang kemasukan atau pemeriksaan itu adalah perlu bagi maksud siasatan itu.”.
Undang-Undang Malaysia 34
Akta A1648
Seksyen baharu 34a
35. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 34
seksyen yang berikut:
“Kewajipan pemunya, penghuni, dsb., dalam siasatan 34a. Pemunya atau penghuni, atau mana-mana majikan di dalam, mana-mana tempat kerja dan mana-mana pekerja bagi pemunya, penghuni atau majikan itu, hendaklah memberikan apa-apa bantuan yang diperlukan bagi maksud apa-apa siasatan di bawah Akta ini.”.
Pindaan seksyen 35
36. Seksyen 35 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(3) Seseorang yang tidak mematuhi perintah di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.”.
Pemotongan seksyen 36
37. Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 36.
Pindaan seksyen 39
38. Subseksyen 39(2) Akta ibu dipinda—
dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan
“pemeriksaan” dengan perkataan “pemeriksaan, penelitian”;
dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan
“pemeriksaan” dengan perkataan “pemeriksaan, penelitian”;
dalam perenggan (c), dengan menggantikan perkataan
“pemeriksaan” dengan perkataan “pemeriksaan, penelitian”;
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan)
35
dalam perenggan (e)—
dengan menggantikan perkataan “mana-mana penyakit yang dinamakan dalam Jadual Ketiga
Akta Kilang dan Jentera 1967 atau mana-mana penyakit yang dinamakan” dengan perkataan
“mana-mana penyakit pekerjaan atau keracunan pekerjaan yang dinyatakan”; dan
dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan koma bernoktah; dan
dengan memasukkan selepas perenggan (e) perenggan yang berikut:
“(f) menghendaki pengemukaan apa-apa buku, rekod, perakuan, notis, data berkomputer atau dokumen, atau apa-apa salinannya yang diperakui, dan membuat salinannya yang difikirkannya perlu bagi maksud apa-apa pemeriksaan, penelitian atau penyiasatan;
menilai tahap bising, pencahayaan, panas atau bahan yang merosakkan atau berbahaya di mana-mana tempat kerja dan tahap pendedahan orang yang sedang bekerja di dalamnya;
menghendaki mana-mana hospital, klinik perubatan atau bilik mayat untuk memberikan apa-apa maklumat (termasuk laporan perubatan) tentang mana-mana orang yang atau telah bekerja di tempat kerja yang cedera dalam kemalangan di tempat kerja atau yang disyaki menghidapi penyakit pekerjaan yang didapati dari tempat kerja dan sedang menerima rawatan di hospital atau klinik perubatan itu.”.
Pindaan seksyen 47
39. Seksyen 47 Akta ibu dipinda—
dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan
“pemeriksaan” perkataan “, penelitian atau penyiasatan”;
Undang-Undang Malaysia 36
Akta A1648
dalam perenggan (e), dengan memotong perkataan “atau”
di hujung perenggan itu; dan
dengan memasukkan selepas perenggan (e) perenggan yang berikut:
“(ea) tidak mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh seseorang pegawai yang semunasabahnya perlu bagi maksud apa-apa pemeriksaan, penelitian atau penyiasatan; atau”.
Pindaan seksyen 48
40. Subseksyen 48(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “, dan dalam tiap-tiap hal sedemikian tempat kerja, loji, bahan atau proses itu tidak boleh digunakan atau dikendalikan walaupun selepas tempoh tamat notis sehingga bahaya itu telah dihapuskan atau kecacatan itu diperbaiki sehingga pegawai itu berpuas hati” dengan perkataan “atau apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan olehnya”.
Pindaan seksyen 49
41. Subseksyen 49(2) Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan perkataan “lima puluh ribu” dengan perkataan “lima ratus ribu”;
dengan menggantikan perkataan “lima tahun” dengan perkataan “dua tahun”; dan
dengan menggantikan perkataan “lima ratus” dengan perkataan “dua ribu”.
Pindaan seksyen 51
42. Seksyen 51 Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan perkataan “peraturan” dengan perkataan “perundangan subsidiari”;
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan)
37
dengan menggantikan perkataan “sepuluh ribu” dengan perkataan “satu ratus ribu”; dan
dengan menggantikan perkataan “satu ribu” dengan perkataan “dua ribu”.
Penggantian seksyen 52
43. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 52 dengan seksyen yang berikut:
“Tanggungan pengarah, dsb., bagi syarikat, dsb.
52. Jika mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini ialah suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain, seseorang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, pegawai pematuhan, pekongsi, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya bagi syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu atau yang berupa sebagai bertindak atas sifat itu atau yang dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu atau yang membantu dalam pengurusannya—
boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu; dan
jika syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang itu didapati bersalah atas kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu dan boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama sebagaimana seorang individu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya; dan
Undang-Undang Malaysia 38
Akta A1648
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.”.
Seksyen baharu 52a
44. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 52
seksyen yang berikut:
“Tanggungan seseorang bagi perbuatan, dsb., pekerja, dsb.
52a. Jika mana-mana orang boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti di bawah Akta ini bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran yang dilakukan—
oleh pekerja orang itu dalam penjalanan pekerjaannya;
oleh ejen orang itu apabila bertindak bagi pihak orang itu; atau
oleh pekerja ejen orang itu semasa bertindak dalam penjalanan pekerjaannya dengan ejen orang itu atau selainnya bagi pihak ejen orang itu yang bertindak bagi pihak orang itu, orang itu boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran oleh pekerja atau ejen orang itu, atau pekerja ejen orang itu.”.
Pemotongan seksyen 55
45. Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 55.
Seksyen baharu 60a
46. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 60
seksyen yang berikut:
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan)
39
“Keterangan 60a. Dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, semua laporan, rekod atau daftar dan apa-apa cabutan daripadanya yang disimpan dan diperakui oleh seseorang pegawai hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan di dalamnya.”.
Pindaan seksyen 63
47. Subseksyen 63(1) Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan “36 atau”.
Pindaan seksyen 64
48. Subseksyen 64(1) Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan “sesuatu perintah yang dibuat oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen 35,”.
Pindaan seksyen 66
49. Seksyen 66 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen 2—
dalam perenggan (b), dengan memasukkan selepas perkataan “penelitian,” perkataan “kelayakan semula,”;
dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut:
“(ba) menetapkan kehendak berkenaan dengan apa-apa loji bagi maksud skim pemeriksaan khas di bawah seksyen 27f;”;
dalam perenggan (d), dengan menggantikan perkataan
“atau menandakan” dengan perkataan “, menandakan atau membekalkan maklumat tentang”;
Undang-Undang Malaysia 40
Akta A1648
dalam perenggan (h), dengan memasukkan selepas perkataan “kejadian berbahaya”
perkataan “dan untuk meminimumkan risiko dan untuk mengurangkan kesannya”;
dalam perenggan (j), dengan menggantikan perkataan “pakaian atau kelengkapan perlindungan” dengan perkataan “kelengkapan pelindung diri dan kelengkapan kemudahan pemantauan dan pengujian;
dalam perenggan (l), dengan memasukkan sebelum perkataan “kesihatan” perkataan
“keperluan ergonomik, fisiologi dan psikologi dan”;
dalam perenggan (m), dengan memasukkan selepas perkataan “kebajikan” perkataan
“, keselamatan dan kesihatan”;
dalam perenggan (p), dengan memotong perkataan “36 atau”;
dalam perenggan (t), dengan menggantikan perkataan “mengambil kerja” dengan perkataan
“melantik”; dan
dengan memasukkan selepas perenggan (t)
perenggan yang berikut:
“(ta) menetapkan kehendak dan cara bagi pemberitahuan tentang pengusahaan, perancangan dan pengurusan reka bentuk apa-apa aktiviti di tempat kerja;
(tb) menetapkan masa apabila dan cara bagaimana orang kompeten dikehendaki untuk mengambil alih atau mengawal apa-apa loji, tempat kerja, proses, bahan dan aktiviti, dan apa-apa kehendak yang berhubungan dengannya;” dan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan)
41
dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(3) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah
Akta ini boleh menetapkan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar peraturan-peraturan itu sebagai suatu kesalahan dan boleh menetapkan hukuman denda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.”.
Penggantian seksyen 67
50. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 67 dengan seksyen yang berikut:
“Kerahsiaan maklumat
67. (1) Kecuali bagi maksud Akta ini atau bagi maksud mana-mana prosiding sivil atau jenayah di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain, tiada seorang pun boleh mendedahkan apa-apa rahsia pengeluaran atau perdagangan yang boleh pada bila-bila masa sampai kepada pengetahuannya atau yang telah diperolehnya dalam penjalanan tugasnya di bawah Akta ini.
Bagi maksud seksyen ini, “rahsia pengeluaran atau perdagangan” ertinya maklumat yang sangat sensitif yang berhubungan dengan—
apa-apa proses pengeluaran;
apa-apa keluaran, bahan mentah atau perumusan keluaran sampingan;
apa-apa idea untuk penduaan atau pengklonan keluaran; atau
apa-apa maklumat teknikal mengenai sistem pengendalian, dan bahawa maklumat itu telah diisytiharkan sebagai rahsia pengeluaran atau perdagangan secara bertulis oleh penghuni atau pemunya.
Undang-Undang Malaysia 42
Akta A1648
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.”.
Seksyen baharu 67a dan 67b
51. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 67
seksyen yang berikut:
“Kuasa untuk mengecualikan 67a. (1) Menteri boleh, atas syor Ketua Pengarah, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan mana-mana loji, bahan, proses, orang atau tempat kerja, atau kelas orang atau kelas tempat kerja, daripada mana-mana peruntukan Akta ini atau perundangan subsidiarinya.
Pengecualian di bawah subseksyen (1) boleh tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Menteri.
Menteri boleh, atas syor Ketua Pengarah, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengubah atau membatalkan suatu pengecualian yang diberikan di bawah subseksyen (1).
Kuasa untuk meminda Jadual 67b. Kecuali bagi Jadual Pertama, Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual-Jadual kepada Akta ini.”.
Penggantian Jadual Pertama
52. Akta ibu dipinda dengan menggantikan Jadual Pertama dengan jadual yang berikut:
“Jadual Pertama
[Subseksyen 1(3)]
Ketidakpakaian
1. Pengambilan kerja domestik berhubung dengan seseorang yang mengambil kerja orang lain, atau yang diambil kerja, sebagai pembantu rumah mengikut pengertian Akta Kerja 1955 [Akta 265]
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan)
43
2. Angkatan tentera
3. Pekerjaan atas kapal yang ditadbir oleh Ordinan Perkapalan Saudagar 1952
[Ord. No 70 Tahun 1952], Ordinan Perkapalan Saudagar 1960 (Sabah)
[Ord. No. 11 Tahun 1960] atau Ordinan Perkapalan Saudagar 1960
(Sarawak) [Ord. No. 2 Tahun 1960]”.
Pindaan Jadual Kedua
53. Jadual Kedua kepada Akta ibu dipinda—
dalam subperenggan 4(4), dengan menggantikan perkataan
“enam” dengan perkataan “sebelas”; dan
dengan memasukkan selepas perenggan 4 perenggan yang berikut:
“4a. Majlis boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat Majlis bagi maksud menasihati Majlis terhadap apa-apa perkara yang dibincangkan tetapi orang itu hendaklah tidak layak untuk membuat undian dalam mesyuarat itu.”.
Jadual baharu Keempat dan Kelima
54. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Jadual Ketiga jadual yang berikut:
“Jadual Keempat
[Subseksyen 3(1)]
Kecederaan badan yang serius
1. Emaskulasi
2. Kehilangan penglihatan yang kekal salah satu mata
3. Kehilangan pendengaran yang kekal salah satu telinga
4. Kehilangan mana-mana anggota atau sendi
5. Kemusnahan atau kerosakan kekal kekuatan mana-mana anggota atau sendi
6. Kecacatan yang kekal pada kepala atau muka
7. Patah atau terkehel tulang
Undang-Undang Malaysia 44
Akta A1648
8. Amputasi lengan, tangan, jari, ibu jari, kaki, tapak kaki atau ibu jari kaki
9. Apa-apa kecederaan yang menghancurkan kepala atau torso yang menyebabkan kerosakan kepada otak atau organ dalaman di dada atau abdomen
10. Apa-apa kecederaan luka terbakar (termasuk kulit melecur/apa-apa kecederaan di kulit kepala) yang—
meliputi lebih 10% daripada jumlah keseluruhan kawasan permukaan badan; atau
menyebabkan kerosakan yang ketara pada mata, sistem pernafasan atau organ penting lain
11. Apa-apa tahap melecur yang memerlukan rawatan daripada pengamal perubatan yang berdaftar
12. Apa-apa kecederaan lain yang timbul daripada bekerja dalam ruang tertutup yang menyebabkan hipotermia atau penyakit yang disebabkan haba
13. Hilang kesedaran yang disebabkan oleh kecederaan kepala atau asphyxia
(kekurangan oksigen)
14. Kecederaan elektrik
15. Hilang kesedaran atau sakit akut daripada penyerapan, penyedutan atau pengingesan apa-apa bahan yang memerlukan rawatan oleh pengamal perubatan berdaftar
16. Apa-apa hal tentang keadaan tidak sihat akut jika terdapat sebab untuk mempercayai bahawa hal ini ialah akibat daripada pendedahan kepada patogen terasing atau bahan yang dijangkiti
17. Apa-apa kecederaan atau luka terbakar lain yang berhubungan dengan kerja yang mengakibatkan orang yang tercedera dimasukkan ke dalam hospital dengan serta-merta selama lebih daripada 24 jam
Jadual Kelima
[Perenggan 31b(1)(a)]
Aktiviti
1. Untuk memasang siap, memasang, mendirikan, membuka, menguji, memeriksa, menyenggara, membaiki atau menservis apa-apa loji atau kelengkapan kawalan kejuruteraan
2. Untuk mengendalikan, menangani atau menjaga mana-mana loji
3. Untuk menjalankan pengawasan perubatan dan pemeriksaan kesihatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan)
45
4. Untuk menjalankan pentaksiran risiko kesihatan bagi apa-apa bahan kimia yang berbahaya kepada kesihatan
5. Untuk menjalankan pentaksiran kualiti udara dalaman
6. Untuk memantau atau menguji persekitaran kerja, loji atau tempat kerja termasuk pemantauan pendedahan kimia, pemantauan bunyi dan ujian audio metrik
7. Untuk menjalankan apa-apa latihan, pentaksiran atau penelitian bagi keselamatan dan kesihatan pekerjaan”.
Kecualian
55. (1) Semua orang yang memegang jawatan di bawah
Akta ibu sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini sebagai Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah,
Timbalan Pengarah, Penolong Pengarah dan pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan lain hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, terus memegang jawatan sehingga tamat tempoh pelantikan mereka.
Walau apa pun seksyen 9 Akta ini, anggota Majlis yang memegang jawatan di bawah subseksyen 9(1) Akta ibu sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, terus memegang jawatan sehingga tamat tempoh pelantikan mereka.